Pemikiran Sains dan Teknologi /
Refleksi terhadap penghasilan video bertajuk "Adakah kereta elektrik lebih bagus dari kereta petrol"

Dari perbincangan ini, saya mendapati bahawa penggunaan kereta elektrik semakin meningkat dan kereta petrol juga mendapat kritikan buruk akibat kesan yang dibawa oleh kereta petrol. Kereta elektrik tidak menggunakan minyak petrol seperti apa yang digunakan oleh kereta petrol kerana kereta elektrik menggunakan sumber elektrik untuk menjalankan enjinnya. Dengan fakta-fakta yang telah pun dikumpulkan, dapat saya jelaskan bahawa kereta elektrik dapat mengurangkan pengeluaran asap kereta dan tidak menghasilkan gas-gas tercemar yang dapat menipiskan lapisan ozon. Walaupun kereta elektrik lebih mesra alam, akan tetapi kereta elektrik lebih mahal dan lagi susah untuk mendapat tempat pengecas kereta elektrik.