Science & Technology Thinking - Section 2

Name of Lecturer : Dr Aminuddin bin Hehsan

 

Science Technology Project

The main purpose of this project is for us to make a lot of researches to understand more about how the innovation of science and technology can affect the development of a country and our daily lives. It also indirectly exposed us to the problems and challenges faced during the revolutions of technology happened.

 

Presentation Slides

External media

Reflections RSS

First Reflection

Pada pendapat saya, kandungan yang terdapat di dalam subjek pemikiran sains teknologi ini mampu menggalakkan para pelajar untuk berfikir dengan lebih baik dan tepat dalam melakukan perkembangan terhadap hidup dan diri mereka sendiri. Tambahan lagi, kandungan subjek ini juga mampu untuk menunjukkan bagaimana cara pemikiran masyarakat terdahulu yang tidak henti melakukan pembaharuan yang masih digunakan dan mampu memberi manfaat sehingga kini. Selain itu, kandungan di dalam subjek ini juga mampu memberi pengajaran terhadap para pelajar agar sentiasa berusaha untuk mengembangkan potensi diri serta berfikir ke arah yang lebih produktif dan bermanfaat. Di samping itu, kandungannya juga boleh memupuk para pelajar untuk mengaitkan sains dan teknologi serta perkembangannya dengan agama dan masyarakat setempat. Akhir sekali, kandungan subjek ini juga boleh menaikkan semangat para pelajar untuk lebih mendalami dan melakukan kajian tentang ilmu teknologi dan sains untuk kegunaan pada masa akan datang.

Jika dipandang dari sudut relevansi subjek ini dengan bidang pengajian yang diceburi, saya beranggapan bahawa subjek ini mampu untuk mendorong saya untuk lebih berfikir aras tinggi sehingga boleh untuk melakukan pembaharuan dalam bidang analisa data. Tambahan lagi, kebergantungan dunia terhadap data sangatlah tinggi. Hal ini menunjukkan bahasa pelajar dari bidang yang saya ceburi perlu untuk sentiasa berfikir luar kotak untuk mencari segala jawapan dan jalan penyelesaian untuk permasalahan analisa data yang tidak akan pernah berhenti. Maka dengan itu, tidak hairanlah jika dikatakan bahawa subjek pemikiran sains teknologi ini mampu untuk membantu kami tentang bagaimana untuk terus berusaha untuk memajukan diri tanpa melupakan agama dan bangsa.

Saya menjangkakan bahawa subjek pemikiran sains dan teknologi ini mampu untuk terus memupuk masyarakat khususnya belia untuk terus berusaha untuk menyumbang untuk terus mengembangkan bidang sain dan teknologi dengan lebih pesat di negara malaysia. Hal ini akan dapat untuk terus mewujudkan ruang-ruang yang baru seterusnya mampu untuk mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Tambahan lagi, subjek ini juga mampu untuk terus memjukan rakyat malaysia sehingga dapat mencapai taraf negara kelas pertama. 

Saya akan sentiasa berusaha lebih lebih gigih dalam mendalami ilmu pemikiran sains dan teknologi agar saya mampu untuk memahami bagaiman cara untuk berfikir dalam melakukan penambahbaikan dalam diri dan hidup tanpa mengabaikan agama. Tambahan lagi, saya juga akan terus berusaha untuk mencari dan membuat sesuatu pembaharuan agar saya mampu sumbangkan sesuatu ke dalam bidang sains dan teknologi. Maka dengan itu, saya akan berasa lebih bersemangat untuk terus menceburi bidang sains dan teknologi seterusnya menjadi rakyat malaysia yang berfikiran lebih tinggi untuk memajukan negara dan bangsa. 

Details