PANDANGAN UMUM TERHADAP KURSUS
Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (UHMS1182) ini merupakan satu subjek yang menarik bagi saya. Dr. Hashim Fauzy, selaku pensyarah kursus ini telah berkongsi pelbagai ilmu serta pengalaman yang menarik mengenai kursus ini. Sepanjang 14 minggu pengkuliahan. Pelbagai ilmu saya telah peroleh. Antara ilmu yang saya pelajari daripada kursus ini adalah konsep etika dari pespektif tamadun yang berbeza serta perbincangan mengenai isu-isu kontemporari seperti ekonomi, politik, sosial, budaya. Saya juga dapat mengaitkan etika ini untuk berfikir secara lebih waras dan bersivik. Kursus ini juga telah memberi peluang kepada saya dan rakan sekelas saya untuk membentangkan tajuk-tajuk terperinci seperti isu Etika dan hubungannya dengan alam sekitar, Etika berpolitik, serta etika bermasyarakat dalam membina masyarakat bersatu padu. Ini merupakan satu pengalaman yang baik kerana saya telah didekahkan kepada pelbagai pendapat daripada pembentang setiap tajuk. Ia sungguh menarik untuk melihat terdapat ramai juga pelajar yang berpendapat luar kotak dan terbuka. Refleksi ini secara umumnya merupakan pandangan saya terhadap setiap kuliah serta topik yang telah dibincangkan sepanjang kelas. Segala pendapat dalam refleksi dalam ini merupakan pandangan bias yang saya hendak kongsi. Saya ingin menyimpulkan dengan mengucapkan terima kasih kepada Dr. Hashim Fauzy kerana telah membuka mata saya kepada ilmu etika dan peradaban ini.
Pembentangan Etika Bermasyarakat
Etika
Assignments
-
Download Etika Bermasyarakat Kumpulan 4 Section32.pdf
Etika Bermasyarakat Kumpulan 4 Section32.pdf Details
- Thursday, 28 January 2021 [796.8KB] -
Download REFLEKSI PANDANGAN UMUM TERHADAP KURSUS DAN SETIAP KULIAH Mohamad Haziq ZIkry A20EC0079 Sect32.docx
REFLEKSI PANDANGAN UMUM TERHADAP KURSUS DAN SETIAP KULIAH Mohamad Haziq ZIkry A20EC0079 Sect32.docx Details
- Thursday, 28 January 2021 [38.9KB]