Refleksi pelajar terhadap pengalaman pembelajaran kursus. (UICL2302)
Setelah 14 minggu mempelajari kursus Pemikiran Sains dan Teknologi (UICL2302) ini, terdapat beberapa pengalaman yang saya ingin kongsikan di sini. Pertama sekali, mengenai tanggapan awal saya tentang kursus ini. Pada mulanya saya menganggap kursus ini agak bosan dan tidak penting bagi seorang pelajar kejuruteaan seperti saya. Namun tanggapan saya itu adalah salah kerana dari matapalejaran inilah saya mempelajari banyak perkara terutama mengenai pemikiran sains dan Teknologi. Mendapat seorang pensayarah yang sangat santai dan berjiwa muda amatlah membantu kami untuk mengenali dan mudah bagi pelajar untuk menyesuaikan diri. Walaupun beliau masih baru namun, sebagai seorang pensyarah beliau amat professional dalam mengajar. Sepanjang mempelajari kursus ini, saya telah didedahkan mengenai perkembangan pemikiran sejak dari zaman dahulu sehingga sekarang terutama sekali perubahan cara pemikiran manusia dari dahulu sehingga kini. Perkembangan pemikiran ini juga melahirkan ramai saintis yang hebat dan kami juga telah mempelajari beberapa orang saintis dari pelbagai agama seperti Kristian dan Islam. Perubahan pemikiran manusia ini juga telah membawa kepada revolusi sains dan Teknologi di mana manusia sentiasa berfikir untuk mencipta sesuatu yang baru bagi memudahkan kehidupan sebagai seorang manusia. Jadi sebagai seorang graduan kejuruteraan nilai ini perlu ada dalam diri masing-masing bagi memastikan kita sentiasa berfikir untuk menyelesaikan masalah masyarakat menggunakna ilmu kejuruteraan yang kita telah pelajari. Untuk tugasan secara berkumpulan, saya berpendapat bahawa aktiviti ini sangat menarik dan dapat memupuk semangat bekerja dalam pasukan. Berdasarkan video yag telah kami hasilkan, ia mengisahkan tentange etika yang perlu ada dalam setiap masyarakat terutamanya masyarakat Malaysia dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Akhir kata daripada saya, kursus ini memberikan bnyak input yang sangat penting kepada semua pelajar.