Thought of Science & Technology UHIT2302

My group's presentation

Reflection RSS


Pada tanggapan saya , Mohamad Amin Hazeeq bin Hisham bahawa kandungan utama dalam kursus Pemikiran Sains Teknologi adalah untuk memberi satu bentuk pemikiran yang menjelaskan berkaitan dengan pemikiran sains teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman dahulu lagi. Selain itu, ia juga meliputi aspek manusia dan agama,system nilai dan etika, peranan sains dalam kehidupan. Secara relevansinya dalam bidang pengajian saya, kursus ini dapat mengaitkan lebih lagi transformasi dan inovasi dalam pemikiran sains teknologi dengan cara menganaisis isu-isu semasa agar ia menjadi satu bentuk semangat untuk memulakan titik permulaan untuk menjadi manusia yang dinamik kerana mampu untuk banyak melakukan banyak transformasi dan inovasi. Hal ini agar ia dapat memberi manfaat untuk menaikkan mutu hidup serta membanggakan agama, masyarakat, dan negara kita dan secara tidak langsung dapat membangun sebuah negara maju. Realitinya, negara maju mestilah terdiri daripada rakyat yang memiliki akal dan pemikiran yang hebat seiring dengan agama, etika, dan teknologi. Saya sanggup untuk memberi komitmen yang padu serta sumbangan untuk memperlebarkan lagi perkembangan pemikiran saintifik sebagai contoh, mencipta teknologi yang canggih dengan berpandukan matlamat menghalalkan cara berlandaskan syariat agama saya agar ia dapat mengurangkan gejala fitnah di akhir zaman ini. Saya juga lebih mengutamakan peranan agama dalam ilmu pengetahuan.

Details