UHIT2302-33 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI (SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING)

kepintaran-majalahsains.jpg

Kursus ini menjelaskan mengenai perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini. Fokus utama adalah berkaitan dengan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan.  Di samping itu, kursus ini juga menekankan anjakan paradigma, penyelesaian holistik terhadap isu-isu semasa, transformasi dan inovasi, falsafah sains dan teknologi dalam konteks Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi Negara sejajar dengan perkembangan Industri 4.0 dan usaha ke arah menginsankan sains dan teknologi (humanizing science and technology).

 

Pensyarah : DR NUR NAJWA HANANI BINTI ABD RAHMAN

 

 

Tanggapan Awal Pemikiran Sains & Teknologi

Eportfolio 1 - Tanggapan Awal.jpg

Dari sudut kandungan utama, kursus pemikiran sains dan teknologi ini menjelaskan perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia. Kursus ini juga memfokuskan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan, di samping menekankan anjakan paradigma, penyelesaian holistik terhadap isu-isu semasa, transformasi dan inovasi, falsafah sains dan teknologi dalam konteks Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi Negara sejajar dengan perkembangan Industri 4.0 dan usaha ke arah menginsankan sains dan teknologi. Melihat sejarah, kegemilangan tamadun manusia banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Contoh yang masih boleh dilihat sehingga kini ialah kehebatan Tamadun Mesir Purba. Sehingga kini binaan piramid yang dibina ribuan tahun dahulu masih tegap dan berdiri teguh dan terus menarik minat para pengkaji untuk mengkaji bagaimana binaan unik tersebut dapat ditegakkan. Begitu juga dengan kekuatan Tamadun China yang membina Tembok Besar masih dikunjungi jutaan pelancong saban tahun. Apa yang menarik adalah kekuatan sains dan teknologi. Jelas bahawa sejak dulu lagi manusia telahpun tahu menggunakan pemikiran sains dan teknologi untuk menyelesaikan masalah dan membangunkan tamadun mereka, ini menunjukkan sains dan teknologi sebenarnya berkait rapat dalam kehidupan seharian kita.

Dari sudut relevansi dengan bidang pengajian pula, sejak abad ke-19 sudah berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah. Ekoran ini kebanyakan sektor pekerjaan didominasi oleh sains dan teknologi. Kuasa ekonomi dunia mula mengorak langkah kepada perindustrian dan penggunaan teknologi. Kepesatan pembangunan sains dan teknologi maklumat menuntut pekerja dilengkapkan dengan pengetahuan tinggi. Negara juga perlu membangunkan tenaga kerja yang kreatif, berkemahiran tinggi dan berilmu sejajar dengan perkembangan pantas dunia sekarang. Proses globalisasi juga memerlukan perubahan pemikiran dan tahap kepakaran yang tinggi di kalangan pekerja untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang dihadapi oleh pasaran pekerjaan di seluruh dunia. Oleh yang demikian kita seharusnya bersiap sedia dalam menghadapi era sains dan teknologi yang semakin hari semakin mencabar ini. Antara cabaran dalam Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad salah satunya adalah untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi, oleh itu pemikiran sains dan teknologi amat diperlukan untuk memajukan negara, sejajar dengan bidang komputeran dan kejuruteraan. 

Dari sudut jangkaan manfaat, dunia pendidikan akan berkembang maju, di mana pelbagai kursus sains dan teknologi diperkenalkan untuk menarik minat pelajar mendalaminya. Peluang kerjaya juga terbuka luas untuk graduan-graduan yang memiliki latar belakang sains dan teknologi seperti jurutera, arkitek, pengaturcara komputer, saintis, penyelidik dan sebagainya. Apa yang diperlukan ialah semangat jitu, stamina belajar yang tinggi, iltizam, minat yang mendalam serta kecintaan yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Melalui pemikiran  sains dan teknologi juga pelajar dapat berfikir secara lebih kreatif dan inovatif, serta menghasilkan idea-idea baru untuk membangunkan negara. Satu lagi manfaat terbesar sudah tentu dalam dunia perubatan, di mana lagi banyak penemuan ubat-ubatan untuk pelbagai jenis penyakit akan berjaya dikaji melalui sains dan teknologi, maka taraf kesihatan negara sudah tentu dapat ditingkatkan.

Dari sudut komitmen dan sumbangan, Malaysia bercita-cita untuk menjadi negara maju, negara yang mempunyai nilai-nilai moral dan agama yang tinggi selain pembangunan yang pesat dalam sektor ekonomi, perindustrian, pengangkutan dan sebagainya. Oleh yang demikian, untuk melahirkan pekerja atau modal insan yang benar-benar menghayati sains dan teknologi, minda anak-anak perlu dipupuk sejak dari kecil untuk melahirkan generasi berfikiran saintifik dan progresif seperti yang terkandung dalam cabaran Wawasan 2020. Saya akan berusaha dan mendalami pemikiran sains dan teknologi agar dapat menyumbang kepada bidang sains komputer, dalam memajukan teknologi maklumat negara. Saya percaya kita akan berjaya dan mampu bersing dengan negara-negara maju lain dalam melahirkan sumber daya manusia yang berketerampilan dalam sains dan teknologi.

Perkembangan Ilmu Zaman Pertengahan

Perkembangan%20Pendidikan%20Pada%20Masa%20Pencerahan%20%28Aufklarung%29.jpg

Watch The French Revolutionhttps://www.youtube.com/watch?v=N3AbMUQXft4

 

Zaman Pencerahan (The Age of Enlightenment)

Zaman Pencerahan atau Zaman Enlightenment merupakan era di mana semangat kepercayaan dan pegangan manusia pada ketika itu adalah kritikal, berasaskan sebab musabab dan kaedah-kaedah saintifikPada zaman ini, golongan pemikir berusaha untuk melahirkan masyarakat yang lebih terbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan individu dan berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Pada zaman ini juga telah lahirnya pemikir yang terkenal seperti Voltaire, John Locke, Montesquieu dan Reussau. Voltaire menyatakan bahawa zaman pencerahan sebagai “zaman akal”. Ahli falsafah yang lain seperti David Hume dan Denis Diderot pula menegaskan bahawa zaman Pencerahan memainkan peranan yang penting untuk membersihkan minda tahyul di Eropah iaitu pada zaman pertengahan dan memberikan peluang kepada akal untuk menyelesaikan masalah manusia sejagat. Pada abad ini juga, ajaran-ajaran berkaitan dengan perkara mistik, agama serta gereja semakin dilupakan bahkan diganti pula dengan pemikiran atau idea-idea yang lebih berilmiah dan saintifik. Zaman Pencerahan di Eropah sering dikaitkan dengan konsep modenisasi di Eropah dalam pelbagai aspek antaranya termasuklah politik, ekonomi dan sosial. Pada tahun 1789, telah tercetusnya Revolusi Perancis iaitu sebagai pengaruh kepada falsafah zaman Pencerahan  dan akhirnya membawa Eropah kepada era moden. Pendek kata, Zaman Pencerahan Ialah zaman yang telah melahirkan masyarakat Eropah yang lebih terbuka berdasarkan konsep toleransi, kebebasan, perlembagaan dan tdak lagi dkongkong oleh kuasa gereja dan di bawah sistem pemerintahan feudal. Zaman Ini telah meninggalkan beberapa kesan yang nyata dalam aspek politik , sosial dan ekonomi. Sebagai contoh dari segi politik, cara menggunakan kuasa politik difokuskan pemerintah untuk memperbaiki taraf hidup manusia. Seterusnya dari segi ekonomi, sistem perburuhan telah dihapuskan dan raja-raja berusaha untuk mlahirkan masyarakat tani yang bebas, maju dan dinamik. Manakala dari aspek sosial pula, pendidikan di peringkat universiti , sekolah rendah, menengah diperluas dan mata pelajaran praktikal serta kaedah moden disatukan untuk melatih pegawai-pegawai awam juruteknik dan buruh biasa. Tuntasnya, sumbangan paling utama pemikir Zaman Pencerahan ini adalah menyediakan Eropah untuk era yang lebih progresif . Perkembangan intelektual telah melahirkan ramai pemikir yang mengemukakan idea-idea yang berharga dalam politik , ekonomi dan sosial.

Tandas Pintar V-Aqua

Toilet Evo.jpeg

Pertandingan Inovasi

Refleksi Akhir Pemikiran Sains & Teknologi

zwdvr7q1zrdrmjhd4duw.jpgSetelah lebih kurang empat bulan menghadiri kursus Pemikiran Sains & Teknologi (UHIT2302) ini, saya amat gembira dan berasa bertuah kerana subjek ini dimasukkan dalam pembelajaran kita. Pada mulanya saya berasa kelas subjek ini membosankan kerana beranggapan bahawa subjek ini tidak relevan dengan bidang sains komputer dan tidak berguna dalam kehidupan seharian. Namun begitu, pensyarah kita berjaya menjadikan kelas menarik dan membuktikan bahawa tanggapan saya salah. Saya telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dan juga kemahiran yang amat berguna untuk masa depan, serta dapat pengalaman berguna dalam pertandingan inovasi tersebut. Saya telah dapat melatih kemahiran berkomunikasi, serta mampu berfikir secara lebih kreatif dan kritis. Subjek ini telah mendorong saya untuk menggunakan pemikiran sains dan teknologi untuk menghadapi pelbagai cabaran perkembangan revolusi perindustrian 4.0 ini. Saya memahami bahawa saya perlu berubah dan berusaha memajukan diri dan menyesuaikan diri supaya tidak ketinggalan dengan perkembangan pantas sains dan teknologi ini. Pemahaman sejarah sesuatu perkara telah mendorong kita untuk menggunakan pemikiran sains dan teknologi untuk memajukan dan menyenangkan kehidupan seharian kita. Sejarah perjuangan kemerdekaan zaman nenek moyang kita tidaklah mudah, dan kini zaman generasi muda ini merupakan perjuangan memajukan negara seiring dengan perkembangan sains dan teknologi, sudah tentu perjuangan ini tidak senang, namun saya akan melengkapi diri dengan pelbagai kemahiran agar dapat memanfaatkan rakyat jelata pada masa depan. Saya percaya negara Malaysia mampu menempuhi cabaran revolusi industri 4.0 ini ke arah negara maju.

Pelbagai Aliran Pemikiran Barat

05DE5C9D-6B06-4BE1-A078-405B35F67F12.jpeg

Pemikiran Pragmatisme

Pada pandangan saya, pemikiran pragmatisme ini ada kelebihan dan kelemahannya. Pragmatisme adalah aliran yang berpegang kepada logik pengamatan. Ia mengajarkan bahawa yang benar adalah apa yang membuktikan dirinya sebagai benar de­ngan perantaraan akibat-akibatnya yang bermanfaat secara praktik. Ini bermakna setiap perkara boleh  ber­ubah mengikut zaman dan sesuatu perkara itu hanya dibuktikan benar berdasarkan pengalaman manusia. 

Antara kelebihan aliran pragmatisme adalah pragmatisme membumikan filsafat dari corak sifat yang cenderung berfikir metafisis, idealis, abstrak, intelektualis. Corak sifat berfikir yang statik tersebut berbeza dengan pragmatisme yang sentiasa berubah seperti fesyen pakaian. Oleh itu, pragmatisme ini sebenarnya mendorong manusia untuk berfikir secara lebih kreatif dan innovative, dan ini membawa kepada kemajuan pesat dalam bidang ilmu mahupun bidang teknologi.

Antara kelemahan aliran pragmatisme pula adalah pragmatisme ini sesuatu yang nyata, praktis, benda-benda yang dinikmati  dan dialami hasilnya oleh manusia, maka pragmatisme menciptakan  masyarakat yang matrealis.  Dalam otak masyarakat pragmatisme mereka hanya mementingkan manfaat diri, sebagai huraian mereka akan mengejarnya dengan berbagai cara sekedar untuk memenuhi keperluan material, maka individu pragmatis ini akan hidup egois dan tidak disegani. 

Pendek kata, aliran pragmatisme tidak sesuai lagi diguankan dalam kehidupan seharian kita hari ini. Ini kerana manusia yang mementingkan diri sendiri akan dilahirkan, dan mereka akan mencapai matlamat mereka menggunakan apa jua cara tanpa berfikir tentang akibatnya. Sebagai contoh, penjajahan tanah air Malaysia sebelum kemerdekaan. Malaysia dijajahi untuk sumber alam yang kaya, untuk kuasa orang-orang barat dan manfaat mereka, jadi pragmatisme ini sebenarnya berbahaya dan patut dielakkan.

Video Seminar Pemikiran Sains & Teknologi

Refleksi & Isi Penting Video Seminar Pemikiran Sains dan Teknologi

Pada 27/11/2019 waktu kelas Pemikiran Sains & Teknologi, kami telah diberi untuk melihat suatu video seminar berkaitan topik hangat dan cabaran seluruh dunia masa kini iaitu revolusi industri 4.0. Kami juga ditugaskan untuk memberi refleksi diri dan menyatakan isi-isi penting yang diperoleh dari video tersebut. Speaker dalam seminar itu, Prof. Datin Dr. Rubiyah Yusof merupakan seorang pakar yang begitu berpengalaman dalam bidang kecerdasan buatan, 'Artificial Intelligence' (AI) dan beliau telah membuka mata saya tentang revolusi industri 4.0 melalui seminar ini.

 

Secara umum, Industri Keempat, Revolusi Keempat, Industri 4.0 atau Revolusi 4.0 melibatkan Internet Of Things (IOT) atau Internet Kebendaan dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi industri kedua yang menjurus kepada elektrik dan revolusi industri ketiga yang lebih kepada penggunaan teknologi maklumat(IT). Revolusi Industri 4.0 ini sedang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar, agar tidak ketinggalan jauh dengan pembangunan ini. Rumah pintar, kereta pintar, telefon pintar merupakan antara elemen pintar diterjemahkan di dalam teknologi pintar melalui Industri 4.0. Pada masa dahulu, televisyen hanya berperanan sebagai penyampai maklumat selain memberi hiburan kepada masyarakat. Kini, televisyen boleh berhubung secara langsung dengan manusia seperti mengesan manusia tidur lalu ia akan mematikan fungsinya secara automatik. Ini antara contoh perkembangan teknologi yang dihasilkan melalui Revolusi Industri 4.0, yang dibangunkan melalui teknologi digital tanpa sebarang garis pemisah antara teknologi dengan sistem biologi seperti manusia.

Terma Industri 4.0 mula diperkatakan seawal 2011 di Jerman namun, ia mendapat perhatian ketika Forum Ekonomi Dunia pada 2016 yang mengisytiharkan dunia ketika ini berada di ambang revolusi industri keempat. Kata kunci revolusi itu membawa maksud perubahan yang besar dan pantas yang berlaku di dalam perkembangan industi yang bermula sejak kurun ke-18 apabila penggunaan air dan wap ditemui. Dikenali sebagai Revolusi Industri 1.0, enjin wap digunakan untuk menggerakkan keretapi, kenderaan dan sebagainya ketika itu. Kemudian, sebelum Perang Dunia Pertama, satu lagi perubahan berlaku apabila ahli sains menghasilkan penemuan baru seperti elektrik, yang menggerakkan Revolusi Industri 2.0 dengan terhasilnya telefon, kapal terbang dan kenderaan. Apabila adanya elektrik, bermulalah pengeluaran produk secara besar-besaran dengan wujudnya kilang-kilang pengeluaran, Selepas itu, Revolusi Industri 3.0 muncul pada akhir 1960-an. Zaman Revolusi Industri 3.0 juga dikenali sebagai revolusi digital di mana pelbagai peralatan elektronik dan digital dihasilkan seperti kamera, televisyen, radio dan sebagainya. Perkembangan tekonologi internet turut berlaku di zaman itu. Hinggalah sekarang, ia beralih kepada Revolusi Industri 4.0 yang pada dasarnya diasaskan daripada industri 3.0 iaitu revolusi digital. Namun begitu, yang membezakan Industri 3.0 dan Industri 4.0 adalah ketersambungan antara teknologi digital dengan manusia dan sistem fizikal yang lain. Revolusi Industri 4.0 adalah tentang sistem fizikal siber dengan sistem boleh menghubungkan dunia digital, sistem fizikal sistem biologi seperti manusia melalui internet. Dalam Industri 3.0, teknologi itu tidak berhubung secara langsung dengan manusia tetapi sekarang dalam Industri 4.0, ia ada hubungan dua hala antara manusia dan peralatan elektronik yang menjadikan manusia itu sebahagian dari teknologi. Data dari manusia digunakan untuk peralatan elektronik itu menjalankan fungsinya dengan lebih baik seperti apa yang berlaku dalam telefon pintar, televisyen pintar, rumah pintar dan sebagainya,

Satu teras utama dalam Revolusi Industri 4.0 adalah kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) atau AI. Menerusi AI, sesuatu sistem dihasilkan untuk mempelajari persekitaran dan menjadi pemacu kepada hubungan di antara manusia, peralatan fizikal dan dunia digital. Selain itu, teknologi Robotik Automasi pula berkeupayaan untuk beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia. Teras-teras lain yang dikaitkan dengan Industri 4.0 adalah Teknologi Pemprosesan Awan dalam penyimpanan dan pemprosesan data, IoT yang menghubungkan deria pintar pada peralatan dengan sambungan internet, Sekuriti Siber bagi melindungi data dan meminimumkan risiko dan Cetakan 3D yang memudahkan pembangunan prototaip. Terdapat juga teras lain melibatkan Realiti Maya yang dapat menyediakan maklumat visual secara maya, Realiti Berperantara yang menggabungkan dunia fizikal dengan dunia maya serta Analisis Data Besar (Big Data) yang menggunakan data dikumpul untuk penyediaan perkhidmatan dan melakukan unjuran yang lebih tepat.

Jelas bahawa perkembangan dan kemajuan dalam revolusi baharu ini bergantung kepada teknologi internet dan analisis data yang besar bagi memacu pengeluaran, perkhidmatan mahupun perniagaan. Sekiranya kemudahan internet tidak meluas dan kelajuannya terhad, ian akan menjejaskan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Kejayaan GRAB yang berasaskan aplikasi My Teksi yang dihasilkan rakyat Malaysia adalah contoh tentang kebergantungan kepada teknologi internet ini. Pada pandangan saya, walaupun Malaysia masih lagi menjadi negara pengguna bukan pengeluar namun, dengan adanya kemudahan internet, akses kepada pengetahuan menjadi lebih mudah dan murah yang dapat membantu masyarakat membangunkan sesuatu sistem yang berasaskan Industri 4.0. Pembangunan sistem, aplikasi dan perkhidmatan seperti kecerdasan buatan misalnya akan membuka peluang kepada masyarakat dalam menghasilkan suatu model bisnes yang baharu.

Antara faktor yang menggerakkan Industri 4.0 adalah keupayaan kuasa pemprosesan yang tinggi dan ditambah dengan keupayaan penstoran digital yang memacu kepada penghasilan produk berteknologi tinggi. Bila kuasa pemprosesan tinggi, telefon pintar yang kecil boleh menjalankan pelbagai fungsi. Sekarang, telefon pintar sudah dilengkapi dengan pemprosesan AI yang mampu menggunakan maklumat data persekitaran untuk beroperasi dengan lebih baik. Sebagai contoh, fungsi AI semasa mengambil gambar membolehkan keadaan persekitaran digunakan untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik secara automatik. Kuasa pemprosesan yang tinggi serta kemampuan penstoran data tinggi menjadi pemangkin dalam revolusi keempat ini. 

Sepanjang seminar tersebut, speaker juga memberikan beberapa contoh teknologi hasil perkembangan revolusi industri 4.0 seperti dalam bidang perubatan di mana "Precision Medicine" diperkenalkan yang menggunakan data pesakit untuk mengambil keputusan preskripsi ubatan ataupun memilih cara perubatan paling berkesan yang harus digunakan dan juga "Exoskeleton" hasil ciptaan Yoshiyuki Sankai dari Jepun. Ciptaan ini merupakan "robot suit" yang bertujuan membantu pesakit lumpuh untuk berjalan semula. Dalam segi pertanian pula, robot-robot seperti mesin penuaian kubis dicipta yang akan banyak membantu para pekebun dan petani meringankan beban mereka dan juga meningkatkan produktiviti. Saya begitu kagum dengan perkembangan revolusi industri ini kerana ciptaan-ciptaan sebegini mampu memanfaatkan dunia dan membantu lebih ramai yang memerlukan bantuan.

Namun, dengan kepesatan pembangunan teknologi dan perkembangan revolusi 4.0 ini timbul kebimbangan yang sering disuarakan iaitu peranan manusia yang akan semakin digantikan oleh robot. Tenaga kerja berkemahiran rendah seperti operator pengeluaran antara yang mungkin terjejas kerana secara perlahan-lahan tenaga mereka tidak lagi diperlukan dan digantikan dengan penggunaan robot atau sistem komputer berdigital lain. Bagaimanapun, tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk membangunkan sistem perisian, kecerdasan buatan, pereka bentuk, pengendali program amat diperlukan di dalam Revolusi Industri 4.0. Mungkin kita tidak lagi memerlukan tenaga buruh yang ramai namun tenaga kerja berkemahiran tinggi akan mempunyai permintaan pada pasaran kerja sekarang dan akan datang, Menjelang tahun 2020, bukan sahaja pekerja berkemahiran tinggi diperlukan, namun kemahiran berfikir secara aras tinggi, kepintaran emosi, keupayaan untuk menyesuaikan diri, kemahiran berkomunikasi dan bekerjasama secara berkumpulan, kepimpinan, kebolehan mengatasi tekanan, kemahiran mengambil keputusan merupakan antara kriteria yang dititikberatkan untuk memasuki alam pekerjaan pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, perubahan dalam sistem pendidikan amat perlu dilakukan dengan memberi pendedahan kepada pelajar bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti tentang Revolusi Industri 4.0. Pelajar perlu diberikan pengetahuan secukupnya untuk membangunkan teknologi contohnya menghasilkan kod dan algorithm dan pembangunan sistem aplikasi yang kini mudah untuk dibangunkan oleh pelajar seawal diperingkat sekolah rendah lagi. Sekiranya pendedahan awal tentang teknologi berkaitan Industri 4.0 dapat diberikan dan digalakkan, tenaga mahir itu dapat kita wujudkan mengikut keperluan pasaran, bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Boleh saya simpulkan, perubahan pesat dalam industri memerlukan masyarakat menjadi penggerak dalam Revolusi Industri 4.0. Justeru, mereka harus turut berubah seiring dengan perkembangan industri. Sekiranya masyarakat masih tidak berubah, mereka yang akan diubahkan oleh teknologi tersebut. Ini berlaku apabila perkhidmatan e-hailing seperti GRAB, yang menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar dan memudahkan pengguna, boleh memberi kesan yang menjejaskan perkhidmatan teksi konvensional. Teknologi yang ada sekarang menukar cara konvensional dan golongan yang tidak mahu berubah akan diganggu dan digantikan oleh teknologi baharu. Teknologi sekarang bergerak begitu pantas dan seluruh dunia sedang bergerak pantas dalam menguasai teknologi ini. Jika kita tidak berusaha keras, negara-negara serantau lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam akan mendahului dan meninggalkan kita, Perubahan teknologi yang pantas ini juga menyukarkan kita untuk menjangka apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, kita perlu sentiasa peka dan bersedia untuk berubah.