UHMS1172-18 DINAMIKA MALAYSIA (MALAYSIAN DYNAMICS)

Image result for malaysia multiracial

Kursus ini adalah mengenai kemajuan dan perkembangan negara Malaysia dalam
konteks pembangunan sosial, politik dan ekonomi. Perbincangan dalam kursus ini
merangkumi pelbagai disiplin ilmu sains sosial, yang meliputi ilmu sosiologi, sains
politik, sejarah, hubungan antarabangsa dan isu-isu global. Perbincangan juga
menyentuh isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia pelbagai
kaum dalam usaha mewujudkan negara maju dan membentuk masyarakat yang
harmoni berdasarkan acuan Malaysia.

 

Pensyarah : DR HALIMAH BINTI MA'ALIP

Malaysia, Sehati Sejiwa

Refleksi

Secara umum, kursus Dinamika Malaysia mengandungi pelbagai aspek yang dikaji mengenai negara Malaysia. Pendekatan ilmu sains sosial, sains politik dan hubungan antarabangsa dibincangkan sepenuhnya bagi memerihalkan dinamika sebuah negara bangsa bernama Malaysia. Subjek ini mengetengahkan perkembangan sejarah Malaysia sejak zaman kesultanan sehingga zaman moden.

Pada pendapat saya, kursus ini telah membuka minda generasi muda untuk sentiasa menghormati antara satu sama lain walupun berasal dari latar belakang berlainan. Kita dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri apabila belajar kursus ini. 

Kesimpulannya, subjek ini lebih kepada pembangunan negara yang mana kita sebagai rakyat Malaysia wajib menitikberatkan hal-hal isu semasa yang berlaku di negara kita bagi menjamin kelangsungan pentadbiran Malaysia pada masa akan datang.