UHIT2302-33 Pemikiran Sains Dan Teknologi (PST)

UHIT 2302-33 -AKTIVITI PERTAMA E-PORTFOLIO

by LEE BAO YI
Tags: PST

UHIT 2302-33 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

AKTIVITI PERTAMA E-PORTFOLIO:

Apakah tanggapan anda terhadap kursus Pemikiran Sains dan Teknologi dari sudut:

  1. Kandungan utama:

Dalam tanggapan saya, kursus ini akan merangkumi cara sains dan teknologi berinteraksi dengan hubungan manusia dalam pelbagai aspek kehidupan sejak tamadun awal manusia. Pengajaran daripada tokoh-tokoh sama ada tempatan atau barat dapat memberi inspirasi kepada kepentingan mengutamakan nilai-nilai kerohanian dalam proses pembelajaran dari zaman awal hingga kini.

 

  1. Relevansi dengan bidang pengajian:

Sebagai pelajar sains komputer dalam Bioinformatik, tanggapan saya adalah bahawa ilmu yang diperoleh sepanjang kursus akan memudahkan saya dalam proses mencari maklumat relevan berkaitan bidang pengurusan data biologi. Seterusnya, informasi yang diperoleh dapat mencetuskan inovasi baharu  dalam proses menganalis dan menyelesaikan masalah. Contohnya, perkembangan isu semasa dalam pengenalan alatan canggih dalam bidang sains dan teknologi.

 

  1. Jangkaan manfaat:

Saya akan dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan gabungan sains dan peradaban manusia yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian. Contohnya, penekanan etika semasa proses penyelesaian masalah. Kursus tersebut juga dapat mendorong saya untuk berfikiran terbuka, kritis serta sentiasa ingin menerokai ilmu baharu. 

 

  1. Komitmen dan sumbangan:

Aplikasi sains dan teknologi dengan penyelarasan aspek kemanusiaan dapat menambahbaikkan kualiti kehidupan manusia. Dengan adanya pemikiran saintifik dalam kehidupan, pastinya akan wujud revolusi dan penciptaan baharu dan seterusnya bidang ekonomi negara akan dapat mencapai kemajuan.