UHMS1172-19 DINAMIKA MALAYSIA (MALAYSIAN DYNAMICS)

DINAMIKA MALAYSIA

dinamika.png

REFLEKSI DINAMIKA MALAYSIA

         Dinamika Malaysia (UHMS1172), adalah sebuah kursus untuk membincangkan mengenai kemajuan dan perkembangan Negara Malaysia dalam konteks pembangunan sosial, politik dan ekonomi. Perbincangan kursus ini merangkumi pelbagai disiplin ilmu sains sosial, yang meliputi ilmu sosiologi, sains politik, sejarah, hubungan antarabangsa dan isu-isu global. Kaedah penilaian kursus ini menggunakan kaedah berbentuk ujian, tugasan berkumpulan, pembentangan berkumpulan dan peperiksaan akhir yang menekankan aspek warga global.


          Pada pendapat saya, kursus ini adalah penting bagi pelajar jurusan komputer kerana tujuan kursus ini dalah untuk mendedahkan kepada kita tentang kemajuan dan perkembangan Negara. Sepanjang berada di dalam kelas ini, Dr Hashim Fauzy mengajar saya dan kawan sekelas dengan amat teliti dimana beliau menjelaskan tentang bab-bab yang berada dalam subjek ini dan beliau mengaitkan isi pembelajaran dengan isu semasa. Oleh itu kami dapat melihat dengan jelas tentang subjek ini.

Details

Hasil Projek VSTECS

Return

images return.jpg