UHIT2302-34 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI (SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING)

PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

stt.png

REFLEKSI

REFLEKSI

           

                        Pada pengetahuan saya, kursus Pemikiran Sains dan Teknologi adalah satu subjek yang mengajar kita tentang perkembangan pemikiran  teknologi dan sains dari zaman dalam peradaban manusia dahulu sehingga kini. Kursus adalah sesuatu yang baru bagi saya kerana pertama kali mengenali tentang subjek ini. Dari apa yang saya ketahui melalui kelas pertama bagi kandungan utama dalam kursus ini adalah, program ini merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan beretika, serta peranan sains dalam kehidupan.

                        Pada pendapat saya, kursus ini sudah semestinya mempunyai relevansi dengan bidang pengajian saya, iaitu bidang sains komputer. Ini kerana, bidang sains komputer adalah bidang yang baru, jadi kursus ini menunjukkan perkembangan pemikiran teknologi dari zaman dahulu dimana masih tiada ilmu tentang komputeran sehingga sekarang yang mana dunia komputeran mengambil alih ekonomi dunia sekarang. Jangakaan manfaat yang mungkin saya peroleh dari kursus Pemikiran Sains dan Teknologi ini adalah, saya akan mengetahui sejarah- sejarah tentang perkembangan ilmu pengetahuan sejak dari zaman klasik sehingga sekarang. Komitmen saya adalah, saya akan sentiasa berusaha untuk menguasai dan memahami tajuk-tajuk beserta kandungan yang ada dalam kursus ini dan mengimplikasikan nilai-nilai murni yang ada dalam kursus ini di kehidupan harian saya.             

 

 

Details

Storyboard Video

Details

Video Projek

NOTES

Details

Pemikiran Sains dan Teknologi

Details

Return

images return.jpg