SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING

Aktiviti Pertama E-Portfolio

18 September 2019

PENDAPAT SAYA TENTANG KURSUS PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

 

                        Pada pendapat saya, kursus pemikiran sains dan teknologi ini adalah untuk memberi pelajar-pelajar ilmu yang lebih mendalam tentang sains dan teknologi dari segi pemikiran yang kritis.

                        Kursus ini amat relevansi dalam bidang pengajian kerana ia membentuk pelajar untuk menjadi bukan sahaja mahir dalam dunia siber ,malah menanam sifat-sifat yang harus ada dalam diri pelajar seperti berperikemanusiaan.  Sifat ini nampak remeh bagi sesetengah pihak, tetapi dengan teknologi yang semakin moden ini kebanyakannya menghancurkan tamadun manusia. Jika kita lihat dengan betul tentang kemajuan teknologi di dunia ini, mereka yang mahir dalam bidang teknologi ini akan menguasai dunia dengan mencipta peralatan-peralatan yang menghayalkan manusia. Kita tidak sedar bahawa setiap penciptaan mereka terselit suatu tujuan yang lain iaitu menghancurkan tamadun manusia, malah kita mengagungkan penciptaan mereka.

                         Namun begitu, kursus ini akan memberi manfaat yang banyak kerana ia dapat menjamin dunia yang aman dengan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Hal ini demikian kerana kursus ini menekankan tentang kepentingan etnik kepada pelajar agar pelajar dapat memastikan penggunaan teknologi dengan cara yang betul dan berperikemanusiaan. Sebagai contoh, kita dapat melihat pada zaman peperangan pertama dunia di mana manusia menggunakan teknologi untuk membunuh sesama sendiri semata untuk kemahuan masing-masing yang tamak dengan kekuasaan dunia. Oleh itu, dengan kewujudan kursus ini ia mampu mengubah dan memperbetulkan pemikiran generasi-generasi akan datang supaya dunia di masa hadapan menjadi lebih aman dan damai. 

                          Kesimpulannya, saya dengan ini menegaskan bahawa kursus ini amat memberi manfaat yang tinggi dan harus diteruskan untuk masa akan datang. Ini kerana perubahan yang dapat dilihat setelah pembelajaran untuk kursus ini sangat ketara. Saya berharap saya akan dapat terus kekal dengan pemikiran ini agar dapat membina masyarakat dan penduduk yang bersatu padu.