SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING

Reflection

Setelah tamat kuliah terakhir untuk subjek Pemikiran Sains dan Teknologi ini, saya dapati bahawa subjek ini bukan sahaja menceritakan tentang sejarah manusia, tetapi ia menjelaskan tentang perubahan pemikiran manusia sejak dahulu lagi. Sebelum saya memberi pendapat saya tentang subjek ini, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah kepada subjek ini iaitu Dr Wan kerana telah sanggup menyampaikan ilmunya dalam bidang ini dengan bersungguh-sungguh sepanjang semester pertama ini. Dengan yakinnya saya ingin mengatakan bahawa Dr Wan berjaya mengubah persepsi saya terhadap sejarah daripada benci kepada minat untuk mengambil tahu lebih dalam lagi tentang sejarah silam manusia. Sebelum ini, saya langsung tidak mengambil berat tentang kewujudan pertama tanah melayu dan semasa dengannya. Dengan ini, saya menjadi lebih minat dengan subjek ini dan berharap agar dapat terus mempelajari subjek yang sama seperti ini.

                     Seterusnya, saya ingin menekankan bahawa kerja-kerja yang diberikan oleh Dr Wan kepada kami amat menyeronokkan ketika menjalankan tugas tersebut. Tugas pertama yang diberikan sejak awal semester lagi ialah tugas membuat video tentang perubahan pemikiran manusia. Pada mulanya, ia agak sukar bagi saya dan kumpulan saya untuk mencari idea utama untuk video kami kerana konteks yang diberikan oleh Dr Wan agak luas. Namun, setelah beberapa kali membuat perjumpaan sesama ahli kumpulan, kami akhirnya mendapat idea utama yang agak padat dengan tajuk utama tugasan video ini. Video yang dihasilkan mengambil dalam lebih kurang 4 hari, mujurlah kami ada jurukamera dan pengarang yang hebat. Demikian dengan itu, hanya dengan tugasan video ini sahaja telah membuka minda saya dari segi kerjasama, kreativiti dan kepercayaan terhadap ahli kumpulan. 

                     Selain itu, pada 2 minggu terakhir semester ini, Dr Wan telah menekankan bab etika dalam manusia dari silibus pembelajaran. Dr telah menerangkan bahawa teknologi ini tiada kebaikan atau keburukan, tetapi ia adalah satu alat yang telah pun digunakan sejak dahulu lagi. Sebagai contoh, pisau boleh digunakan untuk memotong sayur, dan ia juga boleh digunakan untuk membunuh orang. Di sini, kita boleh lihat bahawa yang bertanggungjawab membuatkan pisau ini menjadi satu keburukan teknologi adalah disebabkan oleh kelakuan manusia itu sendiri. Oleh kerana itu, Dr Wan amat menekankan kepentingan etnik dan tingkah laku manusia kepada kami supaya masa depan terhindar dari penyalahgunaan teknologi.

                     Kesimpulannya, subjek Pemikiran Sains dan Teknologi ini penting untuk kursus saya iaitu Software Engineering kerana kursus ini akan melahirkan insan-insan yang menjadi titik tengah dalam pembangunan teknologi pada masa akan datang. Jika tidak diberi penekanan tentang subjek ini, maka tidak mustahillah sejarah akan berulang lagi.