Science and Technology Thinking

Science and Technology Thinking RSS

Summary after 1 semester

 

Setelah mempelajari subjek ini selama 1 semester, saya dapati bahawa Pemikiran Sains Dan Teknologi memberi banyak impak kepada saya . Hal ini kerana selama ini saya hanya berfikir bahawa sains dan teknologi sesuatu benda yang digunakan oleh manusia mengikut era dunia tanpa berkait dengan mana mana aspek. Akan tetapi, setelah mempelajari subjek ini, saya baru mengetahui bahawa sains dan teknologi juga ada kaitan dengan agama. Dengan mempelajari subjek ini juga, saya dapat mendalamkan ilmu pengetahuan saya dalam konteks agama disamping mempelajari sains dan teknologi. Contohnya,  panduan yang digunakan oleh seseorang untuk menghasilkan buah fikiran amat penting dan ini berkait dengan Al-Quran dan As-Sunnah bagi oranG Islam. Selain itu, saya juga dapat memperbaiki kelemahan diri saya dalam menjadikan saya seseorang yang layak diterima dalam industri. Oleh itu, pemikiran sains dan teknologi ini bukan hanya sekadar subjek yang perlu dipelajari oleh semua pelajar di universiti malahan ia juga dapat membentuk sahsiah seorang pelajar secara tak langsung

Details

DocuVideo

First Presentation

Details