UHIT2302 - SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING (PST)

Portfolio 2 Pemikiran Sains dan Teknologi

e-Portfolio 2

MAKSUD SAINS DAN TEKNOLOGI

Sains adalah ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada pembelajaran dan pembuktian. Ia boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya melalui kaedah saintifik. Sains merupakan kajian sistematik mengenai sifat dan tingkah laku alam semesta berdasarkan pemerhatian dan kajian.

Teknologi dari segi bahasa berasal dari perkataan Greek (technología). téchnē yang bermaksud ‘seni, kemahiran, rekaan’ , dan -logía yang bermaksud ‘pembelajaran, kajian’ . Teknologi merupakan aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains dan logik, ia adalah cara atau proses menangani sesuatu masalah teknikal.

 

HUBUNGAN SAINS & TEKNOLOGI DENGAN MANUSIA MENGALAMI EVOLUSI

Sains dan teknologi berperanan besar dalam meningkatkan kebijaksanaan manusia. Dua unsur ini telah membawa kepada kemajuan masyarakat dari segi cara hidup dan cara berfikir. Ia juga membantu manusia membebaskan diri dari kongkongan agama dan negara. Manusia yang memahami undang-undang alam mula mereka cipta dan terus berfikir untuk memperbaiki ciptaannya. Kekayaan yang diperoleh hasil daripada ciptaan mereka membantu produktiviti kehidupan mereka. Manusia akan terus berfikir dan menambah ilmu pengetahuan agar kehidupan lebih maju dan tidak kuno, contohnya seperti kereta yang menggantikan kereta kuda, dan lilin telah digantikan dengan elektrik. Ini menunjukkan sains dan teknologi memainkan peranan besar dalam evolusi manusia.

 

HURAIAN : 'BBC SCIENCE DOCUMENTARY ANCIENT EGYPTIAN TECHNOLOGY'

pyramid.jpg

Berdasarkan video 'BBC Science Documentary ANCIENT EGYPTIAN TECHNOLOGY History Education Science 2015 HD', Terdapat beberapa piramid yang terbina mempunyai corak binaan yang berbeza. Teori mengatakan piramid-piramid ini mempunyai fungsi yang tersendiri berdasarkan bentuk luarannya. Fungsi sebenar piramid sehingga sekarang tidak dapat dikenalpasti. Teori kuno mengatakan piramid merupakan makam, manakala teori saintifik mengatakan piramid berfungsi sebagai suatu teknologi yang menyimpan elektrik. Sehingga sekarang tidak ada alat atau cara untuk membina piramid, ini menunjukkan bahawa orang purba berkemungkinan besar lebih bijak dari kita.