Tanggapan saya terhadap
KANDUNGAN UTAMA
Pada pandangan saya, kandungan yg dipilih sebagai topik pembelajaran bagi kursus ini amat wajar dan penting serta mengikut susunan yang sesuai. Kursus ini menekankan tentang perkembangan sains dan teknologi (pemikiran, tingkah laku, perbuatan) dalam peradaban manusia sejak zaman dahulu. Hal ini dapat membantu pelajar supaya berfikiran terbuka dan luas dalam mengaplikasikan pemikiran sains dan teknologi dalam kehidupan.
RELEVANSI DENGAN BIDANG PENGAJIAN
Kursus ini amat berkait rapat dengan bidang pengajian saya sekarang iaitu Rangkaian dan Keselamatan Komputer. Dengan mengetahui sejarah perkembangan manusia yang disebabkan oleh teknologi yang semakin meningkat pada zaman mereka, saya dapat lihat kepentingan teknologi dan sains dalam proses meningkatkatkan mutu kehidupan.
JANGKAAN MANFAAT
Saya berharap dengan mempelajari kursus ini, saya dapat menjadi seorang yang mampu berfikiran ke arah membangunkan dan menaik taraf kehidupan diri dan masyarakat sekeliling.
KOMITMEN DAN SUMBANGAN
Saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk memberi komitmen terhadap kursus ini agar saya dapat menerima objektif pembelajaran yang ingin di sampaikan oleh kursus ini. Dengan ini, saya berharap agar saya dapat menjadi salah seorang penyumbang kepada peningkatan peradaban, pemikiran, hubungan dan tingkah laku masyarakat kini dan akan datang.