About me
- First name: FARHANA BINTI HASHIM
- Faculty: A15HA0029
- Student ID: A15HA0029
- Display name: FARHANA BINTI HASHIM
FARHANA BINTI HASHIM's friends
FARHANA BINTI HASHIM's portfolios
FARHANA BINTI HASHIM's groups
FARHANA BINTI HASHIM's wall
2CT Festival - Theater "Rusuhan Natrah"
2CT Festival Self-Reflection
Assalamu'alaikum wbt,
2CT Festival is a project for the subject of UHAS2122-22 Creative and Critical Thinking that we compulsory to take part. As everyone needs to take part in any activity, I chose to be in theater team.
I chose to be in theater team because I love to be in someone character. Sometimes, I want to act as another person to release my stress. And when there is an activity for theater, I do not take too long to join the theater team. Although my acting is not so good, but I need to challenge myself. My confidence level is always low and I want to challenge myself to act in front of many people to gain my confidence. I played the role as "Adik", a grandchild to Mansor Adabi. As my height is the lowest than others, I think that role is very suitable for me. Before we get our role, we need to do an audition for what role that we choose. From the earlier, I chose that role and I got it.
Before the festival, we sit in meeting to choose what is the title for us to do theater. We decided "Rusuhan Natrah" and I need to watch about "Natrah" This is a kind of history which is a real situation related to the religion of Islam. Before this, I did not ever hear about her. As we need to act this story, I make a research about her and know a little bit about this history. This history called as "Rusuhan Natrah" because it is related to religion. At that time, Tanah Melayu people gathered and protested when Natrah need to follow her biological parents go back to Belanda, whereas Natrah is a Muslim and her biological parents were not. They protested because of they want to save Natrah's religion as a Muslim. This project gives me a chance to know one of history that ever happened in Tanah Melayu a long time ago.
I learned a lot throughout this festival. I learned to manage my time as I always need to attend the meetings. I also learned to be a responsible person when I attend every meeting, remembering my script and cooperate as a team. Moreover, I learned to think creatively and critically how to make my role interesting. I manage to control my shyness to act like a childish in front of others. Although it is quite challenging, but I enjoyed every moment in this project.
Group Counseling Reflection -week 14-
Topik pada minggu ini ialah "Drawing Out".
- Seorang ketua perlu "Draw out" kesemua ahli kumpulan ketika sesi awal.
- Semakin lama seorang yang pemalu menunggu waktu untuk berkongsi, semakin sukar untuk dia berkongsi
-Terdapat beberapa sebab mereka berdiam diri antaranya ialah takut, berfikir, memang pendiam, tidak bersedia, keliru, kurang kepercayaan, dan dikuasai oleh ahli yang banyak bercakap atau ketua.
Sebab-sebab berlakunya "Drawing Out" adalah:
- untuk mendapatkan penglibatan yang lebih besar daripada ahli kumpulan dan mendengar idea yang berbeza daripada semua ahli kumpulan
- untuk membantu ahli kumpulan yang mempunyai kesukaran untuk berkongsi
Antara kaedah drawing out:
- Menanyakan mereka jika ingin memberikan cadangan
- Memberikan mereka peluang bercakap tanpa mengasingkan mereka
- Seorang ketua tidak perlu menerima pandangan mereka tetapi perlu memahami
- Menggunakan diad
- Menggunakan latihan menulis, pergerakan dan teknik yang lain
- Ketua tidak memalukan ahli
Group Counseling Reflection -week 13-
Pembelajaran pada minggu ini adalah tentang cara memotong (cutting off). Pemotongan perlu dilakukan apabila klien berkongsi secara berlebihan atau tidak berkaitan dengan topik yang ingin dibincangkan. Hal ini supaya ahli kumpulan lain juga mempunyai peluang untuk berkongsi tanpa sebarang gangguan. Selain itu juga, supaya ahli kumpulan tidak menggunakan perkataan atau memberikan pendapat yang tidak sesuai ketika ahli lain sedang bercakap. Terdapat juga perkara penting yang perlu diambil perhatian seperti masa, penggunaan suara, penjelasan, isyarat bukan lisan dan sebagainya.
Tiga teknik yang boleh digunakan untuk memotong atau menghentikan perkataan klien yang berlebihan:
- potong dan masih bersama dengan klien
- potong dan masih berbicara tentang topik yang sama
- potong dan tinggalkan klien dan topik yang sedang dibincangkan
Group Counseling Reflection -week 12-
Minggu ini adalah sesi ketiga yang merupakan minggu terakhir kami mengendalikan sesi kaunseling kumpulan di Baitus Solehah.
Saya berpuas hari kerana dapat meneroka dengan lebih mendalam tentang perasaan, fikiran, dan keadaan mereka dengan bantuan (DASS). Hubungan kami dengan penghuni juga semakin baik dan rapat. Sehubungan dengan itu, kami mampu memberikan sokongan moral terhadap mereka. Saya juga sangat kagum dengan mereka kerana mereka mampu mengawal perasaan mereka setelah mempelajari pelbagai ilmu agama di sana. Kelas-kelas agama yang diaturkan untuk mereka sangat membantu mereka mengawal emosi.
Pada sesi terakhir ini, kami mengambil peluang untuk lebih memahami mereka memandangkan mereka susah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Saya bersyukur kerana mendapat peluang untuk merasai pengalaman yang sebenar sebagai pembantu untuk mendengar luahan mereka. Dengan pengalaman ini, saya lebih memahami tugasan sebagai seorang pembantu dalam sesi kaunseling.
InsyaAllah saya akan mempraktikkan ilmu dan teknik tersebut pada masa akan datang untuk membantu sesiapa yang memerlukan bantuan. Pengalaman ini memberikan saya gambaran tentang perjalanan sesebuah sesi kaunseling dan ia sedikit sebanyak membantu memberikan saya ilmu tentang pengendalian sesebuah kumpulan.
Group Counseling Reflection -week 11-
Saya sebagai pembantu pada sesi kedua kaunseling berkumpulan ini berasa gembira kerana mereka mula menunjukkan perkembangan yang positif di mana mereka mula terbuka untuk berkongsi kepada kami. Pada minggu pertama, saya agak kekok dan janggal tetapi pada minggu kedua ini saya berjaya mengatasinya dan lebih banyak bergaul bersama mereka.
Pada minggu ini, mereka lebih bersifat terbuka dan mula menceritakan pengalaman dan perasaan masing-masing. Mereka tidak lagi malu seperti minggu pertama. Di sini, saya mempelajari tentang pentingnya cara komunikasi yang berkesan. Dari situ, akan menjadikan sesi kaunseling lebih berkesan kerana adanya banyak respon daripada penghuni Baitus Solehah terhadap sesi kali ini. Selain itu, walaupun saya hanya pembantu namun pentingnya saya untuk turut menguasai cara pengendalian kumpulan yang berkesan memandangkan kami melakukan latihan dan teknik triad yang perlu dibentuk kepada kumpulan yang kecil. Saya mendapati pentingnya untuk seorang ketua dan pembantu merancang aktiviti tersebut supaya matlamat dapat dicapai dan mampu menarik semula penghuni untuk berkongsi apa sahaja seiring dengan matlamat tersebut. Mereka mempunyai pelbagai cerita yang ingin dikongsi dan kadang kala akan lari sedikit daripada topik yang ingin dibincangkan.
Group Counseling Reflection -week 10-
Minggu pertama di Baitus Solehah:
Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr Nasir Masroom kerana memberikan kami peluang untuk berhadapan dengan sesi kaunseling berkumpulan yang sebenar di Baitus Solehah. Apa yang dipelajari di kelas hanyalah sekadar teori dan pengalaman yang sebenar adalah lebih mencabar.
Saya bertugas sebagai pembantu yang turut membantu dalam setiap sesi kaunseling. Pada minggu pertama ini, saya agak janggal kerana ini adalah pertama kali saya berhadapan dengan situasi yang sebenar. Ahli di dalam kumpulan saya mempunyai karakter yang berbeza-beza. Ada yang mudah berkongsi ada juga yang pendiam. Saya agak kekok untuk berhadapan dengan ahli yang pendiam tetapi saya tetap mencuba dan memperoleh sedikit maklumat daripadanya.
Di sini, saya belajar tentang seseorang yang pendiam sebenarnya telah menyimpan pelbagai perasaan yang tidak gembira di dalam diri mereka. Saya juga mendapati bahawa pentingnya ilmu dan teknik yang telah saya pelajari di dalam kelas untuk dipraktikkan. Ini kerana, tidak mudah untuk mendekati penghuni di Baitus Solehah memandangkan mereka telah melalui pengalaman yang pahit dan pengalaman mereka itu menjadikan mereka untuk tidak mudah mempercayai orang sekeliling. Oleh itu, ilmu dan teknik amat diperlukan demi mewujudkan kepercayaan mereka supaya mereka melepaskan perasaan yang tidak gembira mereka kepada kami. Hal ini kerana, dengan melepaskan perasaan yang tidak gembira itu akan lebih menenangkan mereka. Saya juga belajar untuk tidak mudah menghukumi mereka dan membuang perasaan negatif terhadap mereka.
Group Counseling Reflection -week 9-
Pada minggu ini saya didedahkan pelbagai latihan dan sebab-sebab latihan itu digunakan.
Sebelum memulakan sesi, ketua perlu mengambil berat tentang keadaan dan fizikal ahli kumpulan kerana latihan yang akan dijalankan perlu bersesuai dengan keadaan ahli kumpulan. Terdapat latihan yang menggunakan fizikal dan juga tidak.
Latihan yang digunakan mempunyai sebab-sebabnya dan antaranya ialah ketua dapat meneroka keadaan atau perasaan ahli kumpulan dan juga mewujudkan suasana yang selesa bagi memperoleh kepercayaan daripada ahli kumpulan terhadap ketua untuk menjalankan setiap sesi. Latihan itu juga perlulah seiring dengan tujuan kumpulan tersebut dijalankan.
Group Counseling Reflection -week 7-
Ringkasan pembelajaran minggu ini adalah tentang "Beginning/ Opening Session":
Sesi pembukaan adalah sesi yang penting kerana dengan permulaan inilah yang akan mengikat kepercayaan antara ahli dan juga ketua seterusnya membina hubungan yang baik atau kepercayaan untuk ahli berkongsi cerita berkaitan dengan topik dalam sesebuah sesi.
Ketua perlu kreatif dalam mengendalikan aktiviti pada permulaan sesi ini supaya mewujudkan suasana yang menarik dan menarik minat ahli kumpulan untuk menyertai sesi perbincangan. Terdapat pelbagai aktiviti dan teknik seperti memberikan situasi atau kes berkaitan dengan topik yang ingin dibincangkan, pengenalan diri dan petunjuk dari topik yang ingin dibincangkan, pemngenalan diri menggunakan teknik diad, triad dan sebagainya.
Tidak mudah untuk menarik minat ahli. Oleh itu, ketua memainkan peranan yang penting dan perlu mempunyai ilmu dan kemahiran untuk mengendalikannya.
Group Counseling Reflection -week 6-
Minggu ini saya mempelajari "Screening and Planning"
Screening perlu dilakukan sebelum sesi perbincangan atau kaunseling. screening penting supaya ahli kumpulan yang menyertai perbincangan tersebut sesuai dengan matlamat kumpulan itu ditubuhkan. Walaupun begitu, tidak semua kumpulan perlu dilakukan screening seperti perbincangan ilmu dan perbincangan tugasan. Ini kerana ia melibatkan orang yang belajar subjek yang sama dan tidak mempunyai tajuk dan tujuan yang spesifik.
Planning adalah gambaran keseluruhan dari setiap sesi kaunseling iaitu permulaan, pertengahan, dan kesimpulan. Perancangan perlu disusun dengan baik sebelum memulakan sesuatu sepaya tidak melakukan kesilapan di pertengahan.
Perancangan bukan sahaja perlu diaplikasikan di dalam sesebuah kumpulan tetapi boleh juga diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Dengan adanya matlamat, insyaAllah kita akan merancang dengan lebih baik tentang apa yang hendak kita capai.
Group Counseling Reflection -week 5-
Pada minggu ini saya belajar tentang tujuan sesebuah kumpulan (purpose of group):
Seorang ketua perlu ada tujuan kenapa sesebuah kumpulan itu diwujudkan. Setelah itu, barulah ketua dapat menyediakan pelan dan strategi sama ada mahu membina tujuan umum ataupun tujuan khusus. Dengan adanya tujuan kumpulan, ketua dapat membentuk 4 aspek pembentukan kumpulan iaitu saiz, ahli kumpulan, tempoh sesi, dan jumlah sesi.
Dengan penetapan tujuan kumpulan, ketua dapat mengarahkan tajuk perbincangan supaya tidak lari dari tujuan kumpulan itu dibina. Ahli kumpulan juga harus diberitahu tujuan kumpulan mereka dibina supaya mereka jelas dengan matlamat perbincangan. Tujuan kumpulan juga membantu ketua untuk membuat perancangan (planning) iaitu merangka kertas cadangan. Dalam sesebuah sesi, terdapat dua jenis perancangan iaitu separa perancangan dan juga sesi perancangan. Separa perancangan berlaku sebelum sesi perbincangan manakala sesi perancangan berlaku sepanjang perbincangan.