DiYanA's profile picture DiYanA

Member of elearning.utm.my

DiYanA's wall

amy... jgn nk perasansgt la...stg ak msuk ag yg laen..hahahaha...
Ok, im waiting 4 ur next update. :))
everybody...let's update our e-portfolio.. let's collect our carry mark...ok??? hihihi
View whole wall

THE BEST ON ME

DiYanA's profile picture

LET'S ICE BREAKING:

ANNIYOOOOONG!!!

ALOHAA!!

I AM IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR

I'M TAKEN IN COURSE OF CONTROL AND INSTRUMENTATION ENGINEERING

I HAVE FOUR SIBLINGS WHICH IS ALL ARE GIRLS AND NO BOYS..Smile

DiYanA's friends

PESANAN SAIDINA UMAR

  •  Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
  • Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
  • Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
  • Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
  • Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
  • Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
  •  Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
  • Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
Details

RENUNG-RENUNGKANLAH(-.-)v

dunia hanyalah sementara,
diibaratkan ladang untuk hasilnya diakhirat kelak,,
tanamlah tanaman bermacam mcm didunia(berilmu),
suburkan tanaman ngan pelbagai cara(beramal),
semailah pohon2 yang bleh dimakan hasilnya(beriman),
spaya diakhirat nnti,,
kita hidup senang lenang di syurga yang abadi,,,Smile

Details

An Image

BEST WISH

"Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu":

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

Details

ALAM DAN KITA

 

 

  ALAM DAN KITA

 

v MATA MELIHAT ALAM, HATI MELIHAT TUHAN

 

Sesungguhnya  pada kejadian semua langit dan bumi dan perubahan malam dan siangdan kapal yang berlayar di lautan membawa (barang) yang bermanfaat bagi manusia dan apa yang diturunkan allah dari langit berupa air,maka dihidupkanNya dengan (air) itu bumi,sesudah matinya, seraya disebarkanNya padanya dari tiap-tiap jenis binatang, dan peredaran angin dan awan yang diperintah di antara langit dan bumi adalah semuanya itu tanda-tanda bagi (kebesaran allah) bagi kaum yang berakal.”

                                                                                                                                       Al- Baqarah:164

Belajar  Dari Alam

Sedar atau tidak, allah telah menciptakan alam ini sebagai hadiah bagi hamba-hambanya.tapi sayangnya,tidak ramai yang mahu berfikir.Kita kadangkala  lebih mengagumi kemewahan dan perhiasan dunia yang sebenarnya hanya memperdayakan kita melupakan hakikat sebenar penciptaan kita sebagai seorang abid(hamba) dan khalifah di muka bumi ini. Lupakah kita pada kisah qarun yang mati dalam keadaan terhina akibat daripada harta yang membuatkan nya lupa kepada sang pencipta. Nyata harta itu tidak menambah keimanan qarun melainkan membawannya ke tempat yang lebih hina.

“Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati(tetapi) tidak mahu memahami dengannya(ayat-ayat allah) dan yang mempuyai mata (tetapi tidak mahu melihat) dengannya (bukti keesaan allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka itulah orang-orang yang lalai.”

 

“AYUHLAH MEMPERINGATKAN DIRI DENGAN AMARANNYA, MOGA-MOGA KITA MENJADI ORANG YANG CELIK BUKAN HANYA DIMATA,TETAPI JUGA PADA HATI.”

 

CARA MEMBERSIHKAN HATI

  1. Perbanyakkan zikir kepada allah

“perumpamaan orang yang berzikir (menyebut dan mengingati)tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah orang yang hidup dan orang yang mati.”

 

2. Mengingati kematian

“perbanyakkan mengingati sang penghancur kenikmatan,yakni kematian.

3. Ziarah kubur

“Dulu aku pernah melarangmu ziarah ke kubur. Sekarang berziarahlah ke kubur, kerana ia akan melembutkan hati, menitiskan air mata, mengingati akhirat, dan membuatkanmu tidak mengucapkan perkataan yang buruk.”

 4. Mengunjungi orang-ornag yang soleh

“perumpamaan teman duduk yang soleh itu seperti penjual minyak wangi.Jika ia ridak memberimu sebahagian dari minyak wanginya,maka kamu sudah mendapatkan bau wangi daripadanya.”

 5. Mengasihi orang miskin dan menyayangi anak yatim.

“apakah kamu ingin hatimu menjadi lembut dan mendapat memenuhi hajatmu? Sayangilah anak yatim, usaplah kepala mereka dan berikan mereka sebahagian dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu,”

 

 

 

 

KATA- KATA HIKMAH

 

    ILMU ITU SEBAIK –BAIK PUSAKA

    ADAB ITU SEBAIK-BAIK SIFAT

TAQWA ITU SEBAIK- BAIK BEKALAN

IBADAH ITU SEBAIK- BAIK BARANG PERNIAGAAN

Details

CIRI-CIRI INDIVIDU MUSLIM

AQIDAH YANG SEJAHTERA

  • Mempertahankan aqidah walaupun diancam
  • Yakin bahawa setiap yang berlaku sudah ditentukan oleh allah
  • Mengikhlaskan amalkan kerana alllah

 

AKHLAQ YANG MANTAP

-        Akhlaq yang buruk akan merosakkan amalan yang baik-

  • Memiliki akhlaq rasulullah
  • Tidak mengumpat, mengejek,dan berdusta
  • Menundukkan pandangan
  • Menjadi contoh kepada orang di sekeliling

 

MELAWAN NAFSU

-        Mereka yang memerangi hawa nafsu, dialah mujahid sejati-

  • Tidak membazir, tidur berlebihan, dan makan berlebihan
  • Memelihara diri dari maksiat dan kelalaian
  • Sentiasa bertaubat dan berdoa

 

MENJAGA MASA

-        Jika kita tidak menjaga masa,kita akan mencuri masa orang lain

  • Bangun awal
  • Solat di awal waktu
  • Tidak lewat ke kelas
  • Menggunakan masa tertentu untuk belajar
  • Mengisi setiap waktu dengan mengingati allah

 

TERATUR URUSANNYA

  • Tidak menangguh kerja
  • Tidak gopoh atau atau tergesa-gesa
  • Menyempurnakan kerja  sebaik mungkin
  • Berpenampilan sempurna
  • Berbicara baik atau diam
  • Bijak meletakkan priority kerja

 

 

 

IBADAH YANG SAHIH

-        Ikhlas dan kesempurnaan adalah syarat dalam ibadah-

  • Menghadirikan hati dalam ibadah
  • Melakukan amal secara bersama e.g solat berjemaah
  • Melakukan qiamullail
  • Memelihara diri dari maksiat

 

 

MAMPU BREDIKARI

  • Tidak mengharapkan kepada orang lain
  • Beretika dalam berkerja
  • Bekerja secara ihsan
  • Membuat simpanan walaupun sedikit

 

 

LUAS PENGETAHUAN

-        Mengetahui segala benda dalan satu perkara dan mengetahui sedikit dalam semua perkara-

  • Mengetahui berita dunia islam
  • Mampu membaca dan menulis dengan baik
  • Peka dengan perancangan musuh islam
  • Menguasai kemahiran terkini

 

SIHAT TUBUH BADAN

-        Mukmin yang sihat lebih disukai daripada mukmin yang lemah-

  • Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
  • Bersenam sekurang- kurangnya 20 minit 3 kali seminggu
  • Mengetahui asas ‘self defence’
  • Menggali dan membina kekuatan serta potensi diri

 

BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN

-        Seseorang mukmin adalah seperti sebatang pohon kurma, apa pun yang diambil darinya akan memberikan manfaat kepadamu-

  • Membantu orang yang memerlukan
  • Memenuhi hak ibu bapa dan rakan-rakan
  • Mahukan kebaikan untuk orang lain
Details