Science and Technology Thinking

Tanggapan Terhadap Kursus Pemikiran Sains Teknologi

Kandungan utama kursus ini ialah menjelaskan bagaimana perubahan semasa mempengaruhi pemikiran manusia. Perubahan semasa datang dari pelbagai sudut seperti sains dan teknologi. Banyak cabaran akan timbul daripada perubahan tersebut dan memerlukan pemikiran yang lebih matang dan kukuh untuk menangani cabaran tersebut. Di samping itu, saya berpendapat kursus ini amat relevan dengan bidang pengajian. Hal ini demikian kerana kursus ini dapat memberi pendedahan yang lebih luas kepada saya tentang pemikiran sains dan teknologi. Barangkali saya dapat memperoleh idea yang baru dan mengaplikasinya dalam bidang pengajian dengan mempelajari perkembangan pemikiran manusia. Dalam konteks ini, jangkaan manfaat kursus ini ialah mempertinggi tahap pemikiran dan memperluaskan horizon pelajar. Semasa menghadapi masalah dan cabaran, penyelesaian yang holistik dapat difikirkan dan dilaksanakan dengan baik. Akhir sekali, komitmen yang akan diberi sepanjang mengikuti kursus ini ialah menghadiri setiap kelas yang diadakan dan menyempurnakan tugasan yang diberikan mahupun tugasan individu atau kumpulan. Harap komitmen yang ditaruh dapat menghasilkan sumbangan yang diingini seperti memanfaatkan teknologi yang semakin canggih ini untuk mengubahsuai kehidupan manusia ke arah yang lebih baik.