Science and Technology Thinking

REFLEKSI AKHIR

.

      Sepanjang kuliah subjek ini, saya telah tentang mempelajari perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini.

      Perkembangan pemikiran sains dan teknologi adalah berkaitan dengan aspek hubungan antara manusia dengan agama. Manusia mengkaji ilmu sains dan mencipta teknologi. Pada masa yang sama, manusia menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Agama masing-masing mendidik kita dengan ajarannya supaya kita melakukan perkara baik dan mengabaikan perkara buruk. Dengan ini, perkembangan sains dan teknologi tidak akan mengancam kebahagiaan manusia masa dari semasa ke semasa apabila manusia mematuhi ajaran agama. Seterusnya, sistem nilai dan etika memainkan peranan penting dalam dunia kini dalam mendepani cabaran. Perbuatan yang melanggar sistem nilai dan etika perlu dielakkan.   

Negara kita telah melaksanakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi sejajar dengan perkembangan Industri 4.0. Dasar ini menggariskan panduan untuk menginsankan sains dan teknologi dan bukannya sains dan teknologi menginsankan manusia. Manusia hendaklah mengawal penggunaan sains dan teknologi. Jika terlampau penggunaanya atau penggunaan yang melintasi batasan agama dan moral, kesejahteraan kehidupan akan terjejas.

      Di samping itu, pertandingan inovasi sains dan teknologi juga merupakan suatu pengalaman yang amat bermakna sepanjang pembelajaran kuliah subjek ini. Prototype yang dihasilkan memenuhi kriteria-kriteria yang ditentukan seperti mempunyai hubungan dengan antara manusia dan agama serta menjaga sistem nilai. Lebih-lebih lagi, pelbagai idea yang baharu telah dibentang dengan bagus sekali dan menarik hati juri.

      Akhirnya, saya akan menghargai dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari dalam subjek ini untuk menjadi modal insan yang baik.