UHIT2302-38 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Aktiviti Dalam Kuliah (Portfolio 1)

  1. Kandungan utama

Pada mulanya, saya menganggap kursus Pemikiran Sains dan Teknolog ini hanya menumpukan cara pemikiran manusia yang berteraskan sains dan teknologi semata-mata. Namun, setelah mengikuti dan menghadiri kelas yang diadakan, kandungan yang dibentangkan dan diajar merangkumi semua aspek termasuklah etika, nilai dan pemikiran yang berteraskan sains dan teknologi serta kehidupan manusia secara am. Kursus ini memberikan kesedaran yang penting kepada manusia dalam arus kemodenan yang semakin pesat agar keseimbangan kemajuan dan kesusilaan manusia dapat dikekalkan.

 

  1. Relevansi Dengan Bidang Pengajian

Kursus PST ini relevan dengan bidang pengajian yang diambil iaitu Rangkaian Komputer dan Keselamatan. Hal ini kerana kursus ini memberikan pengajaran dan menjaga keseimbangan dan kestabilan pemikiran pelajar agar para pelajar tidak terjebak dengan jenayah siber yang berleluasa pada masa kini.

 

  1. Jangkaan Manfaat

Manfaat yang saya jangkakan akan diterima daripada kursus ini ialah supaya saya mempunyai asas pemikiran yang kukuh yang berteraskan sains dan teknologi sebelum meneruskan pengajian dalam bidang pengajian Rangkaian Komputer dan Keselamatan. Pada pandangan saya, hal ini kerana asas pemikiran yang kukuh sangat penting dalam seorang diri tidak kira berteraskan sains dan teknologi atau tidak supaya dapat melahirkan insan yang bertamadun.

 

  1. Komitmen Dan Sumbangan

Usaha yang boleh saya lakukan untuk memberikan komitmen dan sumbangan yang tinggi terhadap kursus Pemikiran Sains dan Teknologi ini dapat dilihat dengan kesungguhan saya untuk mendalami proses pengajian dan pembelajaran kursus ini dengan lebih terperinci. Perkara ini boleh dinamppakan lagi dengan ketekalan saya dalam menghadiri kelas pada setiap minggu dan menumpukan fokus yang sepenuhnya semasa proses pengajian dan pembelajaran sedang berlaku. Selain itu, menjadi insan yang mempunyai asas pemikiran yang stabil dan kukuh serta mengkaji konteks kursus ini dengan lebih wawasan merupakan sumbangan yang boleh saya berikan kepada kursus ini.