SUKARELAWAN DALAM KALANGAN PELAJAR DILANTIK BAGI MEMASTIKAN AGIHAN MAKANAN KEPADA PELAJAR YANG TERKANDAS DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA MENGIKUT SOP YANG TELAH DILAKUKAN.
TARIKH : 22 - 31 MAC 2020
Venue: KOLEJ TUN FATIMAH, UTM JOHOR BHARU.
PENGANJUR : KOLEJ TUN FATIMAH,KTF
JAWATAN : SUKARELAWAN
SUKARELAWAN BAGI SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
RSS
Semasa bulan mac 2020 bermulaan detik hitam yang berlaku di negara kita iaitu wabak covid 19. Wabak ini memberi kesan kepada para pelajar kerana tidak dapat dilaksanakan pembelajaran secara face to face dan kelas sepenuhnya dilakukan secara online. Semua pelajar pulang ke kediaman masing-masing akan tetapi terdapat segelintir pelajar yang terkandas di Universiti. Jadi, bagi pelajar yang terkandas semua makanan minuman ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta kebajikan dititikberat oleh pihak universiti masing-masing. Jadi, untuk memudahkan pengurusan agihan makanan, setiap kolej kediaman telah melantik beberapa orang sukarelawan yang terlibat secara langsung bagi agihan tersebut. Pengambilan sukarelawan dari kalangan pelajar adalah untuk meringankan bebanan pihak kediaman memandangkan staf atau jawatankuasa kolej kekurangan. Malahan, ia juga membuka peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman menjadi frontliner serta memberi sumbangan kepada kolej.
Bagi saya, ini merupakan satu pengalaman yang berharga iaitu terkandas di universiti di saat hampir semua pelajar pulang ke kediaman. Hal ini kerana, tiket perjalanan pulang ke kampung halaman pada tarikh yang sama diumumkan perintah pergerakan kawalan yang dilaksanakan secara mengejut. Saya mengambil peluang untuk menjadi salah seorang frontliner yang bersama-sama membantu pelajar yang terkandas di universiti dengan menolong menyusun serta menagihkan makanan dalam keadaan memastikan pelajar mematuhi SOP. Memandangkan tempoh tersebut tiada program yang dilaksanakan secara fizikal, jadi saya mengambil peluang untuk menyertai. Malahan, dalam masa yang sama saya ingin meningkat kemahiran berkomunikasi dengan orang ramai serta menyumbangkan tenaga sebagai satu inisiatif untuk memberi manfaat kepada orang ramai. Malahan, dengan menjadi sukarelawan untuk program saya dapat melihat pelbagai kerenah manusia serta merupakan satu cara untuk mengelakan daripada saya kebosanan bersendirian di bilik. Malahan, secara bertugas saya berpeluang untuk bertukar-tukar fikiran dengan pengetua kolej dan ia merupakan satu peluang untuk mengenali lebih dekat dengan pengetua kolej. Beliau ada pesan “ Menyertai program ini dapat meninggalkan social networking malah ia sangat bermanfaat untuk memohon kerjaya nanti kerana mempunyai kenalan ramai”. Akhir sekali, walaupun pada mula sedih disebabkan terkandas di universiti tapi saya yakin ia mempunyai seribu hikmah kerana banyak saya pelajari sepanjang tempoh tersebut dan ia juga merupakan satu latihan kepada saya iaitu sentiasa tenang walau apaupun berlaku dan perlu bijak mengurus emosi agar tidak mudah stress
Makanan yang disediakan untuk pelajar
SIJIL PERLANTIKAN
GRADUATE ATTRIBUTES
-
COMMUNICATION SKILLS
-
LEADERSHIP AND TEAMWORKING SKILLS