Semasa bulan mac 2020 bermulaan detik hitam yang berlaku di negara kita iaitu wabak covid 19. Wabak ini memberi kesan kepada para pelajar kerana tidak dapat dilaksanakan pembelajaran secara face to face dan kelas sepenuhnya dilakukan secara online. Semua pelajar pulang ke kediaman masing-masing akan tetapi terdapat segelintir pelajar yang terkandas di Universiti. Jadi, bagi pelajar yang terkandas semua makanan minuman ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta kebajikan dititikberat oleh pihak universiti masing-masing. Jadi, untuk memudahkan pengurusan agihan makanan, setiap kolej kediaman telah melantik beberapa orang sukarelawan yang terlibat secara langsung bagi agihan tersebut. Pengambilan sukarelawan dari kalangan pelajar adalah untuk meringankan bebanan pihak kediaman memandangkan staf atau jawatankuasa kolej kekurangan. Malahan, ia juga membuka peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman menjadi frontliner serta memberi sumbangan kepada kolej.