UHIT2302-38 SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING

Aktiviti Dalam Kuliah (ePortfolio 2)

Maksud Sains dan Teknologi ;

  • Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya dimana perkataan sains itu sendiri berasal daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Tambahan pula, seperti proses-proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, memperoleh fakta dan peraturan disebaliknya.

    Pada dasarnya, sains bertujuan untuk memahami dunia sekeliling kita. Terdapat tiga komponen utama dalam setiap sains iaitu Penghuraian, Mencari Keseragaman, dan Pembentukan Teori dan Hukum.                                                              
  • Teknologi ialah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktikal dalam kehidupan manusia, sebagai contoh teknologi enjin kenderaan berasaskan minyak petrol didapati mampu menyelesaikan masalah pengangkutan yang perlahan dan merupakan alternatif yang lebih efisyen. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama memberikan kesan negatif kepada alam sekitar. Karbon monoksida yang dihasilkan oleh kenderaan-kenderaan berenjin petrol dan diesel ini turut memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. 

    Manusia terus berusaha mencipta kemudahan berasaskan teknologi terbaru sejak beribu-ribu tahun. Sepanjang tempoh ini, kita dapati kerosakan menjadi pengiring bagi hampir kesemua ciptaan manusia. Walaubagaimanpun, manusia terus menghasilkan teknologi baru dengan harapan untuk mencipta sesuatu yang sempurna seterusnya, dapat memberikan kesan yang positif secara keseluruhan kepada manusia. Justeru itu, teknologi hasil ciptaan manusia tidak dapat dinafikan telah mengubah corak kehidupan manusia.

Hubungan Antara Sains dan Teknologi Dengan Manusia Mengalami Evolusi

Evolusi yang bermaksud perubahan atau pertumbuhan sesuatu unsur dalam aspek-aspek tertentu. Hal ini tidak dapat dinafikan telah memberi kesan dalam kehidupan manusia bagi aspek sains dan teknologi. Teknologi yang bertujuan untuk memudahkan atau meringan tugas-tugas yang sebelum ini dilakukan oleh manusia telah mengubah konsep-konsep seperti nilai,moral,pemikiran dan perlakuan.

Teknologi paling ketara yang dapat dilihat ialah penggunaan internet. Internet yang telah berjaya menghubungkan jutaan individu serata dunia tanpa mengira sempadan. Manusia tidak perlu lagi menggunakan teknologi-teknologi primitif seperti surat menyurat sebagai medium untuk berkomunikasi dalam aktiviti seharian. Hal ini dapat jelas dilihat telah berjaya mengubah corak kehidupan manusia.

Selain itu, penggunaan internet juga telah memudahkan individu-individu serata dunia untuk mendapatkan akses maklumat yang sedia ada. Maklumat-maklumat ini telah meningkatkan pencapaian dalam pelbagai industri di Malaysia. Manusia tidak lagi terkurung dengan pemikiran mereka, tetapi akan cuba berfikir dengan lebih terbuka. Hal ini kerana, akses maklumat-maklumat telah membuka pintu kepada pelbagai budaya,pemikiran dan nilai dari negara-negara lain. Jelas dapat dilihat perubahan teknologi telah mengubah corak kehidupan manusia dalam mendapatkan maklumat. Maklumat bukan sahaja boleh didapati oleh semua individu tetapi boleh didapati dengan kadar yang segera, sungguh berbeza dengan zaman-zaman sebelum ini. 

Documentary

Hidden Ancient Technology - Secret Science of the Gods and Atlantis - Rediscovered history

Dokumentari ini menjelaskan tentang sebuah bandar misteri yang tenggelam di dalam laut. Bandar tenggelam yang dikenali sebagai Dwarka, merupakan sebuah kota yang dibina oleh Raja Krishna. Kota ini juga dikenali sebagai bandar  'Atlantis Timur'.

Amish Shah, seorang pengembara telah pergi ke bandar tersebut bagi mendapat kebenaran yang lebih terperinci. Menurut kajian beliau, pada tahun 1960an sehingga 1980an kerajaan India telah menjalankan ekskavasi untuk mencari bandar yang tenggelam tersebut. Walaubagaimanapun, pencarian tersebut terhenti atas sebab yang tidak diketahui. Menurut Dr. Krishnan, seorang pensyarah arkeologi di salah sebuah universiti tempatan di India, pemberhentian tersebut berlaku atas faktor politik. Walaubagaimanapun, beliau tidak dapat menentukan kesahihannya dan terdapat banyak faktor lain yang menyebabkan misi ekskavasi ini terhenti.

Terdapat banyak misteri yang tidak dapat dirungkaikan antaranya, kitab Mahabrata telah menyatakan bahawa bandar ini telah diserang oleh Raja Salva iaitu musuh mereka. Walaubagaimanpun, apa yang mengejutkan adalah kitab ini menyatakan bahawa Raja Salva mempunyai sebuah kapal terbang perang bernama Saubha Vimana dan menggunakan sebuah senjata yang amat berkuasa melalui serangan udara yang menghasilkan bunyi dan cahaya yang kuat. Penerangan senjata ini seakan-akan menerangkan sebuah roket. 

Hal ini amatlah menimbulkan persoalan. Adakah zaman dahulu merupakan zaman yang lebih maju daripada zaman sekarang. Mungkinkah tamadun kini diganggap moden sebenarnya lebih mundur daripada tamadun mereka ratusan tahun dahulu? Di manakah teknologi-teknologi yang tinggal ? 

Bagaimanakah kita sebagai individu tamadun kini harus mengekalkan teknologi yang ada tanpa hilang ditelan zaman.