UHIT2302-38 SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING

Aktiviti Dalam Kuliah (ePortfolio 1)

Aktiviti Dalam Kuliah (ePortfolio 1)-Soalan

Apakah tanggapan anda terhadap kursus Pemikiran Sains dan Teknologi dari sudut:

  • Kandungan utama
  • Relevansi dengan bidang pengajian
  • Jangkaan manfaat
  • Komitmen dan sumbangan
Details

Kandungan Utama

  Pada mulanya, saya beranggapan bahawa kursus ini mengajar tentang gaya atau corak pemikiran yang diperlukan untuk menjadi seorang peneraju kepada teknologi.

Akan tetapi, kursus ini lebih menfokuskan kepada tujuan dan batas kepada penciptaan sesebuah teknologi, serta sejarah tentang tamadun-tamadun yang agung dalam bidang sains. Oleh itu, sebagai mahasiswa, kita dapat mengambil pelbagai ciri-ciri positif peneroka ilmu zaman terdahulu.

  

  

Details
Details

Relevansi dengan bidang pengajian

  Kursus ini mendidik pelajar untuk menjadi peneraju teknologi yang berjaya tanpa memberi kesan negatif terhadap individu atau masyarakat. Peneraju teknologi bertujuan untuk memudahkan atau menyelesaikan masalah seharian masyarakat, tanpa mengabaikan nilai-nilai etika manusia.
  Individu yang mengamalkan kehidupan tanpa nilai etika akan membawa kepada pelbagai kesan negatif, contohnya mengejar keuntungan semata-mata sehingga sanggup mengorbankan alam sekitar. Seterusnya melahirkan individu yang hanya mengejar keuntungan dunia.

  Peribahasa 'Sudah terang lagi bersuluh' amatlah sesuai digunakan untuk menjawab soalan ini, dan dapat disimpulkan bahawa kursus ini, amatlah relevan dalam kehidupan manusia dan harus dipelajari, bukan sahaja kepada golongan pelajar, malah setiap individu.

Details

Jangkaan Manfaat

  Pelbagai manfaat dapat kami terapi sepanjang pembelajaran kursus ini, antaranya pemupukan moral dan nilai etika dalam diri. Hal ini kerana, pendidikan tidak seharusnya menfokuskan terhadap ilmu semata-mata, malah pembentukan akhlak seseorang individu. Individu yang berakhlak dapat mewujudkan sebuah komuniti yang saling bertoleransi tanpa mengira kaum ataupun agama.  

  Kursus ini juga mengajar kami tentang tokoh-tokoh sains zaman terdahulu, sifat-sifat tokoh yang terbuka telah memudahkan proses penyebaran dan pengumpulan ilmu. Seterusnya, melahirkan pelbagai teori baru yang masih digunakan sehingga kini. Teori-teori tersebut menjadi asas pembangunan ekonomi pada zaman kini, sehingga dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Details

Komitmen Dan Sumbangan

  Tidak dapat dinafikan, banyak komitmen dan sumbangan yang telah dinikmati oleh generasi masa kini. Bermula dari permulaan tamadun, yang mengajar kita erti kehidupan dalam sebuah komuniti sehingga kita dapat memiliki pelbagai kemudahan yang mungkin jarang dinikmati oleh golongan terdahulu, sebagai contoh ialah pendidikan. Keboleheksesan ilmu yang meluas telah meningkatkan taraf kehidupan manusia, tidak kira dari sudut ekonomi, politik dan sosial. Oleh itu, kita haruslah bersyukur dan menggunakan kemudahan yang telah wujud dengan sebaik mungkin demi kebaikan bersama.

  Kursus ini juga memperingatkan kami tentang tujuan utama seorang pelajar, iaitu untuk menuntut ilmu. Peneroka ilmu yang beragama muslim pada tamadun Islam menganggap bahawa menuntut ilmu merupakan sebuah tuntutan agama sehingga mendorong mereka untuk mengkaji pelbagai bidang-bidang yang tidak terhad pada agama semata-mata demi mendekatkan diri kepada Allah. Hal ini dapat mendorong untuk melahirkan generasi yang bijak dari ilmunya, ihsan dari akhlaknya dan beriman dari ibadahnya.

Details