Kursus merangkumi hubungan ilmu falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.
Penggunaan falsafah sebagai alat untuk memurnikan budaya pemikiran dalam kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan.
Topik utama dalam falsafah iaitu epistemologi, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa.
Penekanan diberi kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya.
Di hujung kursus ini pelajar akan mampu melihat disiplin-disiplin ilmu sebagai satu badan ilmu yang komprehensif dan terkait antara satu sama lain.
Kursus ini melibatkan pembelajaran kolaboratif (Collaborative based learning) dan pembelajaran teradun (blended learning) selain menerapkan elemen kemahiran digital dan etika serta profesionalisme.
Project Presentation
Updated on 13 April 2022, 11:30 AM; 614 page visits from 13 April 2022 to 1 February 2026