UHIT2305- 35 (STT)

Reflection End Semester (STT)

A thought at the end of semester

Reflection

Setelah berakhirnya satu semester , banyak yang saya dapat belajar daripada subjek Science Technology and Thinking (STT). Silibus subjek ini menekankan pelajar untuk memahami konsep pemikiran yang dialami manusia bermula zaman awal sehingga lah ke hari ini. Pada awal semester , saya belajar dan mendalami tentang bagaimana  manusia di zaman peradaban awal berfikir, bagaimana mereka menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka alami. Sebagai contoh peradaban Mesopotamia ataupun Sumeria yang mencipta 'cuneiform' sebagai sistem tulisan untuk difahami sesama meraka. Ada juga yang mencipta roda untuk pengangkutan di atas tanah yang lebih efisien. 

Seterusnya saya belajar tentang 'Middle Ages' iaitu zaman pertengahan bermula 400 AD sehingga 1500 AD. Zaman ini merupakan zaman pengajian tentang alam, matematik, dan juga falsafah di Eropah. Ramai tokoh ilmuan yang lahir pada zaman ini yang mendedikasikan hidup mereka pada ilmu. Kita dapat lihat yang rata-rata manusia pada zaman ini cintakan ilmu dan sangat menghargai ilmu. Kemudian saya belajar tentang perpindahan ilmu. Tamadun Islam dan ajarannya yang menyeru supaya mencintai ilmu menyebabkan penyebaran ilmu itu berlaku dengan lebih rancak dan menjadikan tamadun Islam suatu tamadun yang unggul dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah bidang astronomi,matematik, perubatan dan teknologi kejuruteraan. Kita dapat lihat pelbagai inovasi dan teknologi yang lahir hasil dedikasi ilmuan dan saintis Islam dalam menyelidiki sesuatu ilmu antaranya teknologi pertanian , pengangkutan air , dan lain-lain.

Pada menghampiri hujung semester, saya telah memahami konsep ekosistem pengetahuan dan bagaimana ianya dipengaruhi oleh pemikiran manusia pada sesuatu zaman. Ianya juga diterangkan lebih lanjut melalui bagaimana ilmu sains dan  teknologi berkait rapat dengan Islam. Ilmu dapat dikembangkan pada tamadun Islam kerana banyak faktor,antaranya ialah penubuhan Bait Al-Hikmah iaitu pepustakaan.

Kesimpulannya silibus subjek ini banyak mengajar saya supaya menghargai sesuatu ilmu yang ada. Terutamanya pada zaman moden ini yang dapat dilihat kebanyakan manusia kurang menghormati dan menghargai ilmu. Saya juga dapat kaitkan subjek ini dengan hala tuju hidup saya iaitu sebagai Software engineer. Zaman sekarang banyak teknologi baru yang berkembang tetapi digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan penindasan ke atas orang lain. Subjek ini mengajar saya untuk menjadi software engineer yang bertata-tertib serta menggunakan pengetahuan saya untuk membantu manusia . Saya sangat bersyukur dapat belajar tentang subjek STT pada semester ini.