ExCel Report

Seminar Celik Al-Quran: Oh My Fatihah!

SEMINAR CELIK AL-QURAN: OH MY FATIHAH! RSS

Tarikh: 17 April 2021

Tempat: Google Meet

Penganjur: Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)

Jawatan: Peserta

Atribut Siswazah:

  1. Kesarjanaan

Refleksi Diri: Bagaimana Aktiviti Ini Menyumbang kepada Pembangunan Atribut Siswazah?

1. Kesarjanaan

Pada pendapat saya, program ini sangat bermanfaat khususnya bagi muslim kerana dapat menambah dan memperkemaskan lagi ilmu agama yang sedia ada dalam diri. Hal ini menjadi lebih baik apabila ilmu yang dituntut itu adalah terdiri daripada ilmu fardu ain yang menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mengetahuinya. Sedia maklum bahawa bacaan surah Al-Fatihah termasuk dalam rukun solat yang sekiranya seseorang individu itu tidak lakukan dengan betul, boleh menyebabkan solatnya tidak sah dan ibadahnya menjadi sia-sia. Seorang muslim yang bijak sudah pasti tidak mahu perkara sedemikian berlaku dan akan berusaha mencari peluang untuk memperkemaskan lagi ilmu mereka agar ibadah mereka diterima oleh Allah.

Di samping itu, saya lihat inisiatif yang dilakukan oleh PMI ini adalah sangat baik kerana para siswazah berpeluang untuk menuntut ilmu agama, meskipun berhadapan dengan pelbagai kekangan sewaktu pandemik ini. Saya berpegang dengan kata-kata bahawa manusia perlu seimbangkan antara perkara dunia dan ukhrawi bagi memperoleh kesejahteraan. Maka peluang yang diberikan oleh pihak PMI amat saya hargai dan berharap lebih banyak program yang sedemikian rupa dapat saya sertai lagi pada masa akan datang.

Details

Laporan Seminar Celik Al-Quran: Oh My Fatihah!

Sijil Penyertaan