Falsafah dan Isu Semasa

Dalam kursus Falsafah dan Isu Semasa, cita-cita saya adalah untuk mempunyai ilmu yang mendalam terutamanya ilmu tentang falsafah negara. Saya juga ingin membina fikiran yang kritis dan matang semasa menyelesaikan masalah. Justeru, saya akan peka dengan isu semasa dengan mengenal pasti dahulu kebenaran berita tersebut sebelum berkongsi dengan orang lain. Saya juga akan sentiasa berfikiran rasional dan kreatif semasa menghadapi masalah yang rumit.