Reflection PCI

Sepanjang Pembelajaran Kursus

Melalui kursus ini, terdapat banyak perkara yang saya pelajari terutama sekali tentang masalah isu semasa. Penekanan pensyarah terhadap kerja kursus membuatkan saya lebih peka terhadap isu semasa. Selain itu, kursus ini juga mengajar saya tentang cara pembentukan seorang insan yang berguna. Oleh itu, saya lebih memahaminya dan berharap agar saya dapat mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. 

Seterusnya, Rukun Negara menjadi pilihan kumpulan saya kerana masyarakat masa kini terutama sekali belia, kurang penghayatan terhadap rukun negara. Oleh itu, pemahaman yang jelas terhadap prinsip ini mampu memberi impak yang positif terhadap individu terutama sekali dalam mengukuhkan perpaduan kaum. Selain itu, kajian tentang keberkesanan atas talian menjadi pilihan utama kumpulan saya kerana hal ini sangat rapat dengan diri setiap individu terutama sekali pelajar. Wabak COVID-19 ini telah banyak mengubah kehidupan seharian manusia. Oleh itu, tahap keberkesanan bagi alternatif lain dalam menjalankan kehidupan seharian perlulah di ambil perhatian agar perjalanan hidup dapat diteruskan dengan norma baharu.