SESI LIVE FACEBOOK MAHASISWA & KEMAHIRAN PROFESSIONAL
Tarikh: 14 Mei 2020
Platform: Facebook Students’ Union Task Force UTM
Role: Peserta
Pihak penganjur: Students’ Union Task Force
Mini Report
Sesi live Facebook bersama Dr Jasrul Jamani, Pensyarah bagi Sekolah Kejuruteraan Elektrik bersama moderator, saudara Sajit Anandevan Sunderasan membincangkan topik "Mahasiswa & Kemahiran Profesional". Perbincangan ini berkaitan cabaran mahasiswa dan kemahiran professional apa yang diperlukan oleh mahasiswa dalam memasuki alam pekerjaan. Dr Jasrul Jamani memberi pendedahan tentang persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan. Pelajar memerlukan kemahiran professional dan kemahiran insaniah. Pada masa sekarang, bukan ijazah yang cemerlang sahaja dipandang, malah perlu dilihat dari segi soft skill. Majikan memerlukan graduan yang dapat menyelesaikan masalah, berfikir dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Pihak majikan juga berpendapat pihak universiti perlu menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi dan berintelek fleksibel dan memenuhi kehendak industri untuk diterima bekerja di dalam industri dan membantu industri tersebut. Majikan kini mahukan pekerja yang boleh membuat keputusan dan membantu dalam menyelesaikan masalah. Hal ini kerana, dalam bidang kerja banyak praktikal. Oleh itu, penglibatan pelajar dalam program-program di universiti adalah sangat digalakkan kerana pengalaman ini boleh digunakan dalam alam pekerjaan.
Self-reflection
Daripada perkongsian ini, pihak universiti perlu membantu pelajar untuk mengembangkan ilmu pengetahuan selari dengan kemahiran yang mereka perlukan di alam pekerjaan. Oleh itu, mahasiswa perlu mendidik jiwa agar berdikari dengan sistematik dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang dikutip di kampus. Manifestasi dan kefahaman ilmu yang mendalam akan menghasilkan mahasiswa yg beradab dan bermanfaat kepada masyarakat. Dalam aspek kemahiran, ianya tidak boleh dihafal tetapi perlu dipraktikalkan. Ianya sama seperti etika dan peradaban. Etika dan peradaban juga bukan untuk dihafal tetapi dihayati dan dilestarikan. Akhir sekali, perkongsian yang diberikan sangat bermanfaat dan penerangan yang sangat jelas. Terdapat pelbagai persediaan yang boleh dilakukan oleh mahasiswa untuk menghadapi alam pekerjaan. Oleh itu, pelbagai program perlu dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada anak-anak muda tentang pelbagai bidang pekerjaan untuk menjana taraf hidup dan pertumbuhan ekonomi negara.