WEBINAR IAMUSAHAWAN SIRI III
WEBINAR IAMUSAHAWAN SIRI III
Tarikh: 6 Disember 2020
Platform: Facebook Kelab Pemadam UTM
Role: Peserta
Pihak penganjur: Kelab Mahasiswa Pemadam UTM dan Pusat Kaunseling UTM
Mini Report
Webinar " IAMUSAHAWAN 3.0 THE FINALE " ini dikongsi oleh Encik Mohd Baihaqi Bin Hasbullah, Pengarah Urusan Pawsome Veterinary Team yang juga Alumni UTM yang menceritakan tentang pengalaman beliau sebagai usahawan dalam bidang veterinar dan equestarian yang bertajuk Happiness Equation in Entrepreneurship.
Beliau berkongsi bagaimana mencari bahagia apabila kita bergelar usahawan. Pertama, bagaimana kita melihat bahagia. Kejayaan berdasarkan kesungguhan kita mengusahakan sesuatu. Bahagia mestilah letak pada tempat pertama atau sebagai keutamaan. Jika kita meletakkan kebahagian itu pada sesuatu atau nilai, kita tidak akan bahagia. Oleh itu, beliau menjelaskan perlu bahagia dulu dan apabila kita bahagia, minda bahagia, tingkahlaku baik dan pada akhirnya membawa kejayaan. Selain itu, beliau memberitahu sangkaan (thoughts) kita ke arah negatif boleh menjadi penghalang untuk kita bahagia. Beliau juga menekankan perlu melihat aspek bahagia pada sudut kecil iaitu dengan menghargai setiap kebahagiaan kecil yang hadir dalam kehidupan.
Akhir sekali, beliau berkongsi cara menjadi usahawan yang bahagia. Antaranya adalah sentiasa “be fit” iaitu sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan. Selain itu, memutuskan hubungan sekejap dengan perniagaan dengan meluangkan masa dengan keluarga dan “recharge” diri. Ini kerana, usahawan perlu ada waktu rehat. Seterusnya, sedar apa yang ada disekeliling kita dan sedar dengan kemampuan diri kita. Tambahan pula, meletakkan agama sebagai keutamaan ini kerana usahawan bakal diuji dengan bermacam-macam ujian. Akhir sekali, apabila merasa bahagia dengan perkara kecil, maka untuk mencapai kebahagian adalah lebih mudah.
Self-reflection
Kesimpulannya, perkongsian dan nasihat yang diberikan sangat bermanfaat. Wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta benda bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan. Oleh itu, kita perlu berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kesihatan juga aspek memperoleh kebahagiaan. Ianya bergantung kepada pilihan sendiri, mungkin ramai yang tidak sedar betapa pentingnya berasa bahagia dan tenang. Kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit namun nilainya lebih tinggi jika dibandingkan dengan sejumlah wang yang banyak. Pada pendapat saya, apa nilai kehidupan sekiranya jiwa terasa kosong sedangkan mempunyai kemewahan tidak ternilai. Akhir sekali, orang yang berjaya ialah orang yang bahagia dan menang, manakala orang yang gagal ialah orang yang rugi dalam hidupnya.
SESI LIVE FACEBOOK MAHASISWA & KEMAHIRAN PROFESSIONAL
SESI LIVE FACEBOOK MAHASISWA & KEMAHIRAN PROFESSIONAL
Tarikh: 14 Mei 2020
Platform: Facebook Students’ Union Task Force UTM
Role: Peserta
Pihak penganjur: Students’ Union Task Force
Mini Report
Sesi live Facebook bersama Dr Jasrul Jamani, Pensyarah bagi Sekolah Kejuruteraan Elektrik bersama moderator, saudara Sajit Anandevan Sunderasan membincangkan topik "Mahasiswa & Kemahiran Profesional". Perbincangan ini berkaitan cabaran mahasiswa dan kemahiran professional apa yang diperlukan oleh mahasiswa dalam memasuki alam pekerjaan. Dr Jasrul Jamani memberi pendedahan tentang persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan. Pelajar memerlukan kemahiran professional dan kemahiran insaniah. Pada masa sekarang, bukan ijazah yang cemerlang sahaja dipandang, malah perlu dilihat dari segi soft skill. Majikan memerlukan graduan yang dapat menyelesaikan masalah, berfikir dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Pihak majikan juga berpendapat pihak universiti perlu menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi dan berintelek fleksibel dan memenuhi kehendak industri untuk diterima bekerja di dalam industri dan membantu industri tersebut. Majikan kini mahukan pekerja yang boleh membuat keputusan dan membantu dalam menyelesaikan masalah. Hal ini kerana, dalam bidang kerja banyak praktikal. Oleh itu, penglibatan pelajar dalam program-program di universiti adalah sangat digalakkan kerana pengalaman ini boleh digunakan dalam alam pekerjaan.
Self-reflection
Daripada perkongsian ini, pihak universiti perlu membantu pelajar untuk mengembangkan ilmu pengetahuan selari dengan kemahiran yang mereka perlukan di alam pekerjaan. Oleh itu, mahasiswa perlu mendidik jiwa agar berdikari dengan sistematik dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang dikutip di kampus. Manifestasi dan kefahaman ilmu yang mendalam akan menghasilkan mahasiswa yg beradab dan bermanfaat kepada masyarakat. Dalam aspek kemahiran, ianya tidak boleh dihafal tetapi perlu dipraktikalkan. Ianya sama seperti etika dan peradaban. Etika dan peradaban juga bukan untuk dihafal tetapi dihayati dan dilestarikan. Akhir sekali, perkongsian yang diberikan sangat bermanfaat dan penerangan yang sangat jelas. Terdapat pelbagai persediaan yang boleh dilakukan oleh mahasiswa untuk menghadapi alam pekerjaan. Oleh itu, pelbagai program perlu dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada anak-anak muda tentang pelbagai bidang pekerjaan untuk menjana taraf hidup dan pertumbuhan ekonomi negara.
SESI LIVE FACEBOOK MEMASYARAKATKAN MAHASISWA
SESI LIVE FACEBOOK MEMASYARAKATKAN MAHASISWA
Tarikh: 8 Mei 2020
Platform: Facebook Students’ Union Task Force UTM
Role: Peserta
Pihak penganjur: Students’ Union Task Force
Mini Report
Saudari Nur Maisarah menjadi moderator pada sesi live facebook memasyarakatkan mahasiswa bersama panel Encik Wan Ahmad Hazman, ahli lembaga pemegang amanah Yasasan Sukarelawan Siswa (YSS). Pada sesi live Facebook ini merungkai apa peranan dan tanggungjawab mahasiswa kepada masyarakat. Mahasiswa yang sedar akan tanggungjawab kepada masyarakat akan sukarela keluar untuk membantu dan ubah nasib masyarakat kepada lebih baik. Mahasiswa seharusnya memahami denyut nadi rakyat dan mahasiswa merupakan agen penggerak kepada rakyat. Mahasiswa perlu sedar bahawa masyarakat sekeliling kita sebenarnya sentiasa dahagakan sumbangan sama ada secara intelektual atau secara fizikal daripada mahasiswa sendiri.
Mahasiswa perlu ada "2K" iaitu Kesedaran dan Keterlibatan. Dari aspek kesedaran, mahasiswa perlu sedar untuk memantapkan lagi asas ilmu dan banyak peluang itu untuk membantu masyarakat dan meningkatkan ‘soft skill’ dapat mengajar kita erti kesyukuran dan kita dapat lihat keadaan masyarakat di luar sana. Mahasiswa perlu bijak dalam aplikasikan beberapa autonomi yang diberikan oleh Universiti dalam menyerlahkan kreativiti ilmu dan menyantuni masyarakat. Dunia masyarakat tidak seindah dan semudah seperti dunia mahasiswa yang penuh keseronokan. Maka, mahasiswa bersedialah dengan kelengkapan yang sempurna. Mahasiswa perlu sedia terjun ke dunia masyarakat dengan menterjemahkan soft skill dan ilmu yang digarap di Universiti. Dari aspek keterlibatan, mahasiswa perlu meningkatkan lagi keterlibatan dalam membantu masyarakat. Kombinasi kesedaran dan penglibatan mahasiswa amat penting dalam mengharmonikan masyarakat berbilang kaum.
Self-reflection
Kesimpulannya, program ini memberi perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat, penerangan yang sangat jelas dan memberi kesan dalam diri saya. Perkongsian ini memberi kesedaran dan menginspirasi saya untuk lebih proaktif membantu masyarakat. Pihak universiti perlu beri galakan kepada pelajar "muka baru" untuk turut bergiat aktif dalam program-program. Akhir kata, kita perlu mengenal erti hidup dalam memberi.