SESI LIVE FACEBOOK MEMASYARAKATKAN MAHASISWA
Tarikh: 8 Mei 2020
Platform: Facebook Students’ Union Task Force UTM
Role: Peserta
Pihak penganjur: Students’ Union Task Force
Mini Report
Saudari Nur Maisarah menjadi moderator pada sesi live facebook memasyarakatkan mahasiswa bersama panel Encik Wan Ahmad Hazman, ahli lembaga pemegang amanah Yasasan Sukarelawan Siswa (YSS). Pada sesi live Facebook ini merungkai apa peranan dan tanggungjawab mahasiswa kepada masyarakat. Mahasiswa yang sedar akan tanggungjawab kepada masyarakat akan sukarela keluar untuk membantu dan ubah nasib masyarakat kepada lebih baik. Mahasiswa seharusnya memahami denyut nadi rakyat dan mahasiswa merupakan agen penggerak kepada rakyat. Mahasiswa perlu sedar bahawa masyarakat sekeliling kita sebenarnya sentiasa dahagakan sumbangan sama ada secara intelektual atau secara fizikal daripada mahasiswa sendiri.
Mahasiswa perlu ada "2K" iaitu Kesedaran dan Keterlibatan. Dari aspek kesedaran, mahasiswa perlu sedar untuk memantapkan lagi asas ilmu dan banyak peluang itu untuk membantu masyarakat dan meningkatkan ‘soft skill’ dapat mengajar kita erti kesyukuran dan kita dapat lihat keadaan masyarakat di luar sana. Mahasiswa perlu bijak dalam aplikasikan beberapa autonomi yang diberikan oleh Universiti dalam menyerlahkan kreativiti ilmu dan menyantuni masyarakat. Dunia masyarakat tidak seindah dan semudah seperti dunia mahasiswa yang penuh keseronokan. Maka, mahasiswa bersedialah dengan kelengkapan yang sempurna. Mahasiswa perlu sedia terjun ke dunia masyarakat dengan menterjemahkan soft skill dan ilmu yang digarap di Universiti. Dari aspek keterlibatan, mahasiswa perlu meningkatkan lagi keterlibatan dalam membantu masyarakat. Kombinasi kesedaran dan penglibatan mahasiswa amat penting dalam mengharmonikan masyarakat berbilang kaum.
Self-reflection
Kesimpulannya, program ini memberi perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat, penerangan yang sangat jelas dan memberi kesan dalam diri saya. Perkongsian ini memberi kesedaran dan menginspirasi saya untuk lebih proaktif membantu masyarakat. Pihak universiti perlu beri galakan kepada pelajar "muka baru" untuk turut bergiat aktif dalam program-program. Akhir kata, kita perlu mengenal erti hidup dalam memberi.