WEBINAR IAMUSAHAWAN SIRI III

WEBINAR IAMUSAHAWAN SIRI III 

Tarikh: 6 Disember 2020

Platform: Facebook Kelab Pemadam UTM

Role: Peserta

Pihak penganjur: Kelab Mahasiswa Pemadam UTM dan Pusat Kaunseling UTM

Mini Report

          Webinar " IAMUSAHAWAN 3.0 THE FINALE " ini dikongsi oleh Encik Mohd Baihaqi Bin Hasbullah, Pengarah Urusan Pawsome Veterinary Team yang juga Alumni UTM yang menceritakan tentang pengalaman beliau sebagai usahawan dalam bidang veterinar dan equestarian yang bertajuk Happiness Equation in Entrepreneurship. 

         Beliau berkongsi bagaimana mencari bahagia apabila kita bergelar usahawan. Pertama, bagaimana kita melihat bahagia. Kejayaan berdasarkan kesungguhan kita mengusahakan sesuatu. Bahagia mestilah letak pada tempat pertama atau sebagai keutamaan. Jika kita meletakkan kebahagian itu pada sesuatu atau nilai, kita tidak akan bahagia. Oleh itu, beliau menjelaskan perlu bahagia dulu dan apabila kita bahagia, minda bahagia, tingkahlaku baik dan pada akhirnya membawa kejayaan. Selain itu, beliau memberitahu sangkaan (thoughts) kita ke arah negatif boleh menjadi penghalang untuk kita bahagia. Beliau juga menekankan perlu melihat aspek bahagia pada sudut kecil iaitu dengan menghargai setiap kebahagiaan kecil yang hadir dalam kehidupan.

          Akhir sekali, beliau berkongsi cara menjadi usahawan yang bahagia. Antaranya adalah sentiasa “be fit” iaitu sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan. Selain itu, memutuskan hubungan sekejap dengan perniagaan dengan meluangkan masa dengan keluarga dan “recharge” diri. Ini kerana, usahawan perlu ada waktu rehat. Seterusnya, sedar apa yang ada disekeliling kita dan sedar dengan kemampuan diri kita. Tambahan pula, meletakkan agama sebagai keutamaan ini kerana usahawan bakal diuji dengan bermacam-macam ujian. Akhir sekali, apabila merasa bahagia dengan perkara kecil, maka untuk mencapai kebahagian adalah lebih mudah.

Self-reflection

          Kesimpulannya, perkongsian dan nasihat yang diberikan sangat bermanfaat. Wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta benda bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan. Oleh itu, kita perlu berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kesihatan juga aspek memperoleh kebahagiaan. Ianya bergantung kepada pilihan sendiri, mungkin ramai yang tidak sedar betapa pentingnya berasa bahagia dan tenang. Kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit namun nilainya lebih tinggi jika dibandingkan dengan sejumlah wang yang banyak. Pada pendapat saya, apa nilai kehidupan sekiranya jiwa terasa kosong sedangkan mempunyai kemewahan tidak ternilai. Akhir sekali, orang yang berjaya ialah orang yang bahagia dan menang, manakala orang yang gagal ialah orang yang rugi dalam hidupnya.