Setelah menjalankan dan menyertai program ini, saya rasa program ini sangat membantu pengembangan Atribut Siswazah pelajar. Aktiviti yang diadakan sangat membantu para peserta untuk memupuk kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan kemampuan menyesuaikan diri. Hal ini kerana setiap aktiviti yang akan dilakukan memerlukan peserta untuk berada didalam kumpulan dan memerlukan kerjasama dan komunikasi yang baik antara peserta. Seterusnya, program ini sangat memerlukan peserta untuk menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, dimana kami untuk tinggal didalam khemah dan menyesuaikan diri dengan orang kampung. Aktiviti yang memerlukan kami bergotong-royong dengan orang kampung amat mendekatkan diri kami dengan mereka dan memahami perasaan mereka. Perkongsiaan ilmu dari wakil-wakil terhebat juga membuka mata kami tentang bertanpa pentingnya untuk kita menjaga dan menghargai alam semula jadi seperti paya bakau.
Oleh itu, jelaslah, program ini juga mempunyai banyak kelebihan yang dapat kami peroleh seperti kami dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar dan dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Disebabkan peserta program ini dalam kalangan pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti, ia amat membantu pihak kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar untuk menyebarkan maklumat mengenai kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar ke semua peserta tidak kira tahap. Program ini juga dapat membantu Universiti untuk menjalankan tanggungjawab sosial – korporat kepada masyarakat dan memupuk kemahiran artibut siswazah yang telah diperkenalkan oleh universiti.
Secara keseluruhan, saya percaya program ini sangat membantu para peserta untuk dalam pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran pembolehsuaian dan kemahiran berpasukan. Oleh itu, saya berharap agar program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.