Kedudukan / Peranan dalam Aktiviti
Peranan saya dalam program Rovers Beach Clean Up ini adalah ahli jawatankuasa khas protokol. Saya merupakan orang penting untuk program ini dimana saya perlu memastikan program ini sentiasa berjalan lancar mengikut waktu yang telah ditetapkan. Sebelum program saya perlu memastikan peralatan yang akan digunakan cukup dan menguruskan cendaramata, sijil dan ucapan dif-dif kehormat. Semasa program berlangsung pula, saya perlu memastikan aktiviti yang dijalankan teratur tanpa sebarang masalah dan merupakan ketua terhadap semua aktiviti. Saya perlu menerangkan dengan jelas aktiviti yang akan dijalankan untuk mengelak dari sebarang salah faham. Oleh kerana program ini merupakan program kerjasama, saya juga perlu menjaga kebajikan dif-dif jemputan.
Laporan Program
Program Rovers Beach Clean Up ini diadakan sempena Sambutan Hari Pengasas Pengakap Sedunia. Program ini telah menjadi platform untuk para pelajar menyahut seruan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Sedunia untuk mendukung dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals). Tiga daripada tujuh belas matlamat yang diberi fokus dalam program ini ialah matlamat ke 13, 14 dan 15, iaitu masing – masing Climate Action, Life Below Water dan Life on Land. Tidak dilupakan, program ini juga bertujuan untuk memperingati dan menghayati pengasasan Pergerakan Pengakap Sedunia oleh Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell, Ketua Pengakap pertama dunia.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini seperti perkongsian tentang alam semula jadi yang memberikan kesedaran kepada peserta tentang bertapa pentingnya alam semula jadi terhadap kehidupan kita. Malah, peserta juga telah memupuk artibut siswazah iaitu kemahiran kepimpinan dan berpasukan dengan bekerjasama melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kampung dan pantai.
Refleksi Diri
Setelah menjalankan dan menyertai program ini, saya rasa program ini sangat membantu pengembangan Atribut Siswazah pelajar. Aktiviti yang diadakan sangat membantu para peserta untuk memupuk kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan kemampuan menyesuaikan diri. Hal ini kerana setiap aktiviti yang akan dilakukan memerlukan peserta untuk berada didalam kumpulan dan memerlukan kerjasama dan komunikasi yang baik antara peserta. Seterusnya, program ini sangat memerlukan peserta untuk menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, dimana kami untuk tinggal didalam khemah dan menyesuaikan diri dengan orang kampung. Aktiviti yang memerlukan kami bergotong-royong dengan orang kampung amat mendekatkan diri kami dengan mereka dan memahami perasaan mereka. Perkongsiaan ilmu dari wakil-wakil terhebat juga membuka mata kami tentang bertanpa pentingnya untuk kita menjaga dan menghargai alam semula jadi seperti paya bakau.
Oleh itu, jelaslah, program ini juga mempunyai banyak kelebihan yang dapat kami peroleh seperti kami dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar dan dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Disebabkan peserta program ini dalam kalangan pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti, ia amat membantu pihak kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar untuk menyebarkan maklumat mengenai kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar ke semua peserta tidak kira tahap. Program ini juga dapat membantu Universiti untuk menjalankan tanggungjawab sosial – korporat kepada masyarakat dan memupuk kemahiran artibut siswazah yang telah diperkenalkan oleh universiti.
Secara keseluruhan, saya percaya program ini sangat membantu para peserta untuk dalam pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran pembolehsuaian dan kemahiran berpasukan. Oleh itu, saya berharap agar program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.