Program Rovers Beach Clean Up ini diadakan sempena Sambutan Hari Pengasas Pengakap Sedunia. Program ini telah menjadi platform untuk para pelajar menyahut seruan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Sedunia untuk mendukung dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals). Tiga daripada tujuh belas matlamat yang diberi fokus dalam program ini ialah matlamat ke 13, 14 dan 15, iaitu masing – masing Climate Action, Life Below Water dan Life on Land. Tidak dilupakan, program ini juga bertujuan untuk memperingati dan menghayati pengasasan Pergerakan Pengakap Sedunia oleh Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell, Ketua Pengakap pertama dunia.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini seperti perkongsian tentang alam semula jadi yang memberikan kesedaran kepada peserta tentang bertapa pentingnya alam semula jadi terhadap kehidupan kita. Malah, peserta juga telah memupuk artibut siswazah iaitu kemahiran kepimpinan dan berpasukan dengan bekerjasama melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kampung dan pantai.