Refleksi Diri

   Setelah menjalankan dan menyertai program ini, saya rasa program ini sangat membantu pengembangan Atribut Siswazah pelajar. Aktiviti yang diadakan sangat membantu para peserta untuk memupuk kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan kemampuan menyesuaikan diri. Hal ini kerana setiap aktiviti  yang akan dilakukan memerlukan peserta untuk berada didalam kumpulan dan memerlukan kerjasama dan komunikasi yang baik antara peserta. Seterusnya, program ini sangat memerlukan peserta untuk menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, dimana kami untuk tinggal didalam khemah, memasak dan makan makanan rimba yang sememangnya lain dari pada kebiasaan harian kami. Aktiviti seperti orienteering, penganggaran, dan pioneering juga amat menguji pemikiran kami, namum ia sangat menyeronokkan. 

   Program ini juga mempunyai banyak kelebihan yang dapat kami peroleh seperti kami dapat membina semangat setiakawan antara satu sama lain, pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa dapat saling berkongsi pengalaman dan ilmu antara satu sama lain dan  berpeluang untuk mendekatkan diri kami dengan alam sekitar serta memperoleh ilmu sebenar pengakapan hasil dari pembelajaran daripada Kelana Pontian.

  Secara keseluruhan, saya percaya program ini sangat membantu para peserta untuk dalam pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran pembolehsuaian. Oleh itu, saya berharap agar program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.