Aktiviti 2: PERKHEMAHAN MALAR HIJAU

Maklumat Program

Tarikh: 14-16 November 2019

Tempat: Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pekan Nanas, Pontian, Johor

Penganjur: Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM), Universiti Teknologi Malaysia

Details

Kedudukan / Peranan dalam Aktiviti

   Jawatan saya dalam program Perkhemahan Malar Hijau ini adalah sebagai setiausaha program. Saya bertanggungjawab dalam semua perkara berkaitan dengan dokumentasi dan surat menyurat. Saya juga bertanggungjawab untuk menolong pengarah program dalam memastikan semua gerak kerja dalam pasukan berjalan lancar. Semasa program berlangsung, saya merupakan orang penting dimana saya perlu memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang sentiasa berjalan mengikut waktu yang ditetapkan dengan lancar. 

Details

Laporan Program

   Program Perkhemahan Malar Hijau ini merupakan program kepengakapan yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada ahli pengakap dan bukan pengakap tentang ilmu kepengakapan di dalam kawasan hutan bersesuaian dengan atribut siswazah iaitu kebolehsuaian. Peserta didedahkan dengan ilmu kepengkapan di kawasan hutan bertujuan untuk mereka boleh menyesuaikan diri mereka bukan sahaja di universiti mahupun dimana-mana kawasan yang mereka akan pergi pada masa akan datang. Dalam pada masa yang sama, program Perkhemahan Malar Hijau ini juga merupakan inisiatif Majlis Tertinggi kelab kelanasiswa untuk membentuk lebih ramai ahli pengakap aktif atau pelajar agar dapat mencapai Anugerah Barden Powell dengan mengambil lencana Ekstreme sebagai lencana pilihan. Hal ini disebabkan oleh Lencana Ekstreme adalah lebih mencabar dan dapat menjadikan seorang pelajar yang lebih kental, berani dan dekat dengan alam semula jadi seterusnya mampu mengharungi pelbagai cabaran.

   Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ice- breaking, orienteering, penganggaran, pioneering, masakan rimba, malam integrase budaya, pendakian Gunung Pulai dan merentasi halangan komando. Selain itu, bagi memulakan setiap pagi perkhemahan, terdapat ajk yang mengetuai senamrobik diikuti oleh peserta- peserta di kawasan padang Kem Kaizen Gunung Pulai. Mengikuti aktiviti- aktiviti kepengakapan ini akan dapat membentuk kemahiran yang meluas dalam kalangan peserta dan ajk program. Setiap aktiviti yang dijalankan dapat memupuk atribut siswazah yang dilaksanakan oleh pihak Univeristi Teknologi Malaysia seperti kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah serta kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan. Komunikasi antara peserta negara dan luar negara dalam kumpulan dari  juga mampu meningkat kemahiran.

Details

Refleksi Diri

   Setelah menjalankan dan menyertai program ini, saya rasa program ini sangat membantu pengembangan Atribut Siswazah pelajar. Aktiviti yang diadakan sangat membantu para peserta untuk memupuk kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan kemampuan menyesuaikan diri. Hal ini kerana setiap aktiviti  yang akan dilakukan memerlukan peserta untuk berada didalam kumpulan dan memerlukan kerjasama dan komunikasi yang baik antara peserta. Seterusnya, program ini sangat memerlukan peserta untuk menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, dimana kami untuk tinggal didalam khemah, memasak dan makan makanan rimba yang sememangnya lain dari pada kebiasaan harian kami. Aktiviti seperti orienteering, penganggaran, dan pioneering juga amat menguji pemikiran kami, namum ia sangat menyeronokkan. 

   Program ini juga mempunyai banyak kelebihan yang dapat kami peroleh seperti kami dapat membina semangat setiakawan antara satu sama lain, pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa dapat saling berkongsi pengalaman dan ilmu antara satu sama lain dan  berpeluang untuk mendekatkan diri kami dengan alam sekitar serta memperoleh ilmu sebenar pengakapan hasil dari pembelajaran daripada Kelana Pontian.

  Secara keseluruhan, saya percaya program ini sangat membantu para peserta untuk dalam pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran pembolehsuaian. Oleh itu, saya berharap agar program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Details

Atribut Siswazah

  • Kemahiran komunikasi
  • Kemahiran Berfikir
  • Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
  • Kebolehsuaian
Details

Gambar

IMG_8932.JPG

WhatsApp Image 2021-01-11 at 6.52.35 PM.jpeg.1

IMG_8698.JPG

Details