Laporan Program

   Program Perkhemahan Malar Hijau ini merupakan program kepengakapan yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada ahli pengakap dan bukan pengakap tentang ilmu kepengakapan di dalam kawasan hutan bersesuaian dengan atribut siswazah iaitu kebolehsuaian. Peserta didedahkan dengan ilmu kepengkapan di kawasan hutan bertujuan untuk mereka boleh menyesuaikan diri mereka bukan sahaja di universiti mahupun dimana-mana kawasan yang mereka akan pergi pada masa akan datang. Dalam pada masa yang sama, program Perkhemahan Malar Hijau ini juga merupakan inisiatif Majlis Tertinggi kelab kelanasiswa untuk membentuk lebih ramai ahli pengakap aktif atau pelajar agar dapat mencapai Anugerah Barden Powell dengan mengambil lencana Ekstreme sebagai lencana pilihan. Hal ini disebabkan oleh Lencana Ekstreme adalah lebih mencabar dan dapat menjadikan seorang pelajar yang lebih kental, berani dan dekat dengan alam semula jadi seterusnya mampu mengharungi pelbagai cabaran.

   Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ice- breaking, orienteering, penganggaran, pioneering, masakan rimba, malam integrase budaya, pendakian Gunung Pulai dan merentasi halangan komando. Selain itu, bagi memulakan setiap pagi perkhemahan, terdapat ajk yang mengetuai senamrobik diikuti oleh peserta- peserta di kawasan padang Kem Kaizen Gunung Pulai. Mengikuti aktiviti- aktiviti kepengakapan ini akan dapat membentuk kemahiran yang meluas dalam kalangan peserta dan ajk program. Setiap aktiviti yang dijalankan dapat memupuk atribut siswazah yang dilaksanakan oleh pihak Univeristi Teknologi Malaysia seperti kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah serta kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan. Komunikasi antara peserta negara dan luar negara dalam kumpulan dari  juga mampu meningkat kemahiran.