Penambahbaikan yang saya boleh buat adalah untuk percaya pada diri sendiri bahawa saya boleh melakukannya. Hal ini kerana jika kita yakin, tiada apa yang mustahil untuk kita lakukan. Sebagai contoh, saya yakin dengan diri saya oleh itu saya menerima tawaran untuk menjadi pengarah bagi program ini. Setelah itu, saya banyak mempelajari ilmu baru iaitu cara mengendalikan program sekaligus dapat membuang rasa malu untuk bercakap di hadapan orang ramai. Jika saya tolak tawaran itu dari awal lagi, mungkin saya tidak dapat untuk merasakan pengalaman seperti ini. Boleh jadi saya tidak akan dapat peluang untuk menjadi pengarah program lagi. Jadi, tonggak utamanya adalah kita perlu yakin dengan diri dan jangan rasa malu untuk bertanya jika kita tidak tahu tentang sesuatu perkara (global citizen).
Selain itu, perkara yang boleh diperbaiki adalah dengan membuat beberapa perancangan terlebih dahulu agar kita dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Di sini saya maksudkan bahawa kita perlu menyediakan beberapa cadangan seperti plan A, plan B dan plan C. Jadi, jika plan A tidak menjadi, maka kita ada plan B dan plan C. Dalam situasi saya pula, pada awalnya ingin menyewa hostel agar lebih selesa tetapi disebabkan kurang peserta, makanya perlu mencari inisiatif lain sebagai tempat untuk menginap iaitu khemah. Masalah pun selesai dan semua peserta berpuas hati dengan program “family day” kali ini.