MINDMAP
PENGENALAN
Program ini adalah program perkhemahan dua hari satu malam di Teluk Gorek, Mersing. Program ini lebih dikenali sebagai 'hari keluarga' untuk ahli kelab kami. Objektif program ini adalah untuk mengembangkan skil komunikasi yang berkesan di antara ahli supaya mereka bersedia merancang masa depan. Selain itu, ia mendorong untuk memupuk kerja berpasukan dalam kalangan ahli dengan menekankan fungsi dan peranan setiap orang untuk memastikan aktiviti berjalan lancar.
Bayaran untuk program ini hanya RM45 termasuk pengangkutan, makanan, penginapan dan t-shirt percuma. Terdapat begitu banyak aktiviti seperti malam bbq, permainan pantai dan sukaneka. Program ini penuh dengan aktiviti menarik dan Alhamdulillah program kami berjalan lancar. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kru dan peserta yang memberikan sokongan kepada kami.
1. REPORT
Program “Beach Getaway” telah berjaya dijalankan selama 2 hari 1 malam pada 14-15 Februari 2020 di Teluk Gorek, Mersing. Seramai 25 orang peserta termasuk ahli AJK program telah menyertai program ini. Saya sebagai pemegang jawatan pengarah program bersama-sama AJK program telah berjaya melaksanakan program ini seperti yang dirancang. Pada awalnya program ini hampir dibatalkan oleh sebab kurang mendapat sambutan. Sasaran peserta yang telah ditetapkan untuk program ini adalah seramai 50 orang tetapi yang berdaftar hanya 25 orang sahaja, iaitu separuh daripada sasaran program.
Walaupun begitu, program ini boleh dikatakan sebagai berjaya kerana kelancarannya sepanjang program berjalan dan maklum balas yang baik dari para peserta. Saya dapati bahawa punca program ini kurang mendapat sambutan adalah kerana yuran pendaftarannya yang agak mahal pada awalnya. Yuran pendaftaran yang mahal adalah kerana kami merancang untuk membuat tempahan baju untuk semua peserta. Tetapi disebabkan oleh kurang peserta, kami terpaksa membatalkan tempahan tersebut. Setelah berbincang dengan bendahari, kami telah membuat kata putus untuk mengurangkan yuran pendaftaran tersebut iaitu daripada RM65 kepada RM45. Dengan RM45 termasuk t-shirt percuma, pengangkutan, makanan dan penginapan selama dua hari satu malam. Kami menggunakan semula baju berlebihan program sebelum ini (Fugitive Run) untuk diberikan secara percuma kepada peserta (thinking skills). Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan dengan jayanya terima kasih kepada AJK dan juga kepada para peserta yang turut menyokong program ini.
2. RESPONDING
Pada mulanya saya agak berat untuk menerima jawatan sebagai pengarah untuk program ini. Hal ini kerana saya kurang yakin dengan diri saya untuk menjadi seorang pengarah bagi sesebuah program dan ini merupakan kali pertama saya memegang jawatan sebagai seorang pengarah. Sebagai seorang pengarah, sudah semestinya besar tanggungjawab yang dipikul dan perlu banyak berkomunikasi dengan ramai orang selain daripada perlu membuat keputusan. Sejujurnya saya seorang yang pendiam dan tidak reti untuk mengarah orang supaya membuat tugas. Ini membuatkan saya kurang selesa untuk menerima jawatan yang berat ini. Bagi saya, lebih baik saya menjadi ahli AJK biasa kerana skop kerjanya yang lebih kecil. Setelah berfikir masak-masak,saya merasakan ini adalah satu peluang bagi saya untuk mengatasi masalah saya (enterprising skills).
Oleh itu, saya banyak bertanyakan kepada senior-senior dan juga rakan-rakan yang pernah berpengalaman menjadi pengarah tentang apa yang perlu dilakukan. Saya juga membuat beberapa pencarian di internet tentang aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk hari keluarga. Bagi persiapan sebelum program, saya telah mencari beberapa orang yang berminat untuk menjadi AJK program saya. Kini tiba lah masanya mensyuarat program buat kali pertama. Saya berasa agak gementar semasa bercakap di khalayak ramai, tetapi lama kelamaan saya sudah menjadi biasa kerasa respon yang baik dari ahli AJK. Saya membentang satu persatu secara terperinci berkenaan program seperti objektif program dan pembahagian tugas kepada AJK.
3. RELATING
Situasi paling sukar adalah dimana kami kekurangan bajet untuk program. Hal ini kerana bilangan peserta yang daftar untuk program ini hanyalah seramai 30 orang sahaja. Mengikut pada perancangan awal, dengan harga RM65 peserta akan dapat baju tempahan khas untuk program ini dan juga tempat penginapan di hostel. Tetapi disebabkan oleh kurang peserta, saya telah berbincang dengan ahli AJK program untuk membatalkan tempahan baju tersebut. Kami mengambil inisiatif untuk memberi baju program sebelum ini , “Fugitive Run”, iaitu sebuah program larian marathon oleh kerana bajunya sudah lama tidak terjual. Satu masalah sudah selesai.
Untuk penginapan pula, kami sepatutnya hendak meneruskan dengan menginap di hostel. Setelah berbincang dengan pengusaha tempat tersebut. Dia memberitahu bahawa harga sewa adalah mengikut harga bilik dan bukannya mengikut harga satu kepala. Saya juga buntu kerana bajet tidak mencukupi dan harga yuran sudah diturunkan. Oleh itu saya telah menggunakan pengalaman saya dalam program sebelum ini, “Genius Symposium 2”, sebuah program kepimpinan bersama dengan pelajar tingkatan 3, di mana situasi yang sama berlaku, iaitu tiada tempat penginapan. Kami hanya menggunakan khemah sebagai tempat tidur dan tempat persalinan (adaptability). Jadinya saya telah membuat keputusan untuk hanya menyewa khemah dari HEP UTM. Harganya juga murah dan mudah untuk dibawa. Walaupun hanya menggunkan khemah, maklum balas yang saya dapat daripada para peserta agak memuaskan kerana mereka masih berasa selesa. Syukur tandas tempat mandi tidak beberapa jauh dari tapak perkhemahan. Mereka juga gembira kerana berpengalaman untuk berkhemah di tepi pantai. Saya dapati bahawa dengan menyertai program bermalam seperti ini, kita akan dapat lebih banyak pengalaman dan idea untuk menyelesaikan masalah.
4. REASONING
Kini saya sedar bahawa kita perlu yakin dengan diri sendiri. Saya dapat menyimpulkan bahawa tiada apa yang mustahil jika kita yakin dengan diri kita sendiri. Jika orang lain percayakan kita untuk menjadi pengarah, mengapa tidak kita percaya pada diri sendiri ? Untuk kita mencapai kemajuan di masa hadapan, kita perlulah keluar dari zon selesa dan pergi meneroka benda baharu. Dari situ kita dapat pelajari ilmu baharu dan juga pengalaman yang tidak pernah kita dapat. Ada pepatah mengatakan bahawa “pengalaman mengajar kita erti kedewasaan”. Apa yang saya faham di sini bahawa maksud yang ingin disampaikan adalah melalui pengalaman, seseorang itu akan jadi lebih matang dan rasional dalam membuat sesuatu perkara. Saya berasa amat bersyukur kerana telah menerima tawaran untuk menjadi pengarah program ini.
Satu benda yang saya dapat belajar daripada menjadi pengarah ini ialah cara untuk mengendalikan program. Sebelum ini saya tidak pernah tahu tentang bagaimana kita hendak menganjurkan program dari membuat proposal, merekrut ahli AJK program, membuat persediaan sebelum program sehinggalah tiba waktu program itu sendiri (leadership and teamworking skills). Saya juga berpeluang untuk keluar dari zon selesa saya iaitu dengan bercakap di khalayak ramai. Hal ini sedikit sebanyak telah membantu saya mengurangkan rasa malu untuk bercakap di hadapan orang ramai.
5. RECONSTRUCTION
Penambahbaikan yang saya boleh buat adalah untuk percaya pada diri sendiri bahawa saya boleh melakukannya. Hal ini kerana jika kita yakin, tiada apa yang mustahil untuk kita lakukan. Sebagai contoh, saya yakin dengan diri saya oleh itu saya menerima tawaran untuk menjadi pengarah bagi program ini. Setelah itu, saya banyak mempelajari ilmu baru iaitu cara mengendalikan program sekaligus dapat membuang rasa malu untuk bercakap di hadapan orang ramai. Jika saya tolak tawaran itu dari awal lagi, mungkin saya tidak dapat untuk merasakan pengalaman seperti ini. Boleh jadi saya tidak akan dapat peluang untuk menjadi pengarah program lagi. Jadi, tonggak utamanya adalah kita perlu yakin dengan diri dan jangan rasa malu untuk bertanya jika kita tidak tahu tentang sesuatu perkara (global citizen).
Selain itu, perkara yang boleh diperbaiki adalah dengan membuat beberapa perancangan terlebih dahulu agar kita dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Di sini saya maksudkan bahawa kita perlu menyediakan beberapa cadangan seperti plan A, plan B dan plan C. Jadi, jika plan A tidak menjadi, maka kita ada plan B dan plan C. Dalam situasi saya pula, pada awalnya ingin menyewa hostel agar lebih selesa tetapi disebabkan kurang peserta, makanya perlu mencari inisiatif lain sebagai tempat untuk menginap iaitu khemah. Masalah pun selesai dan semua peserta berpuas hati dengan program “family day” kali ini.
GAMBAR DAN KENANGAN
Ketika ini saya sedang mendirikan khemah sebelum aktiviti bermula.
Saya bersama salah seorang AJK program, Zul, sebagai AJK multimedia.
Gambar semua peserta dan AJK program selepas habis aktiviti terakhir sebelum pulang ke UTM.