4. REASONING

Kini saya sedar bahawa kita perlu yakin dengan diri sendiri. Saya dapat menyimpulkan bahawa tiada apa yang mustahil jika kita yakin dengan diri kita sendiri. Jika orang lain percayakan kita untuk menjadi pengarah, mengapa tidak kita percaya pada diri sendiri ? Untuk kita mencapai kemajuan di masa hadapan, kita perlulah keluar dari zon selesa dan pergi meneroka benda baharu. Dari situ kita dapat pelajari ilmu baharu dan juga pengalaman yang tidak pernah kita dapat. Ada pepatah mengatakan bahawa “pengalaman mengajar kita erti kedewasaan”. Apa yang saya faham di sini bahawa maksud yang ingin disampaikan adalah melalui pengalaman, seseorang itu akan jadi lebih matang dan rasional dalam membuat sesuatu perkara. Saya berasa amat bersyukur kerana telah menerima tawaran untuk menjadi pengarah program ini.

Satu benda yang saya dapat belajar daripada menjadi pengarah ini ialah cara untuk mengendalikan program. Sebelum ini saya tidak pernah tahu tentang bagaimana kita hendak menganjurkan program dari membuat proposal, merekrut ahli AJK program, membuat persediaan sebelum program sehinggalah tiba waktu program itu sendiri (leadership and teamworking skills). Saya juga berpeluang untuk keluar dari zon selesa saya iaitu dengan bercakap di khalayak ramai. Hal ini sedikit sebanyak telah membantu saya mengurangkan rasa malu untuk bercakap di hadapan orang ramai.