Situasi paling sukar adalah dimana kami kekurangan bajet untuk program. Hal ini kerana bilangan peserta yang daftar untuk program ini hanyalah seramai 30 orang sahaja. Mengikut pada perancangan awal, dengan harga RM65 peserta akan dapat baju tempahan khas untuk program ini dan juga tempat penginapan di hostel. Tetapi disebabkan oleh kurang peserta, saya telah berbincang dengan ahli AJK program untuk membatalkan tempahan baju tersebut. Kami mengambil inisiatif untuk memberi baju program sebelum ini , “Fugitive Run”, iaitu sebuah program larian marathon oleh kerana bajunya sudah lama tidak terjual. Satu masalah sudah selesai.
Untuk penginapan pula, kami sepatutnya hendak meneruskan dengan menginap di hostel. Setelah berbincang dengan pengusaha tempat tersebut. Dia memberitahu bahawa harga sewa adalah mengikut harga bilik dan bukannya mengikut harga satu kepala. Saya juga buntu kerana bajet tidak mencukupi dan harga yuran sudah diturunkan. Oleh itu saya telah menggunakan pengalaman saya dalam program sebelum ini, “Genius Symposium 2”, sebuah program kepimpinan bersama dengan pelajar tingkatan 3, di mana situasi yang sama berlaku, iaitu tiada tempat penginapan. Kami hanya menggunakan khemah sebagai tempat tidur dan tempat persalinan (adaptability). Jadinya saya telah membuat keputusan untuk hanya menyewa khemah dari HEP UTM. Harganya juga murah dan mudah untuk dibawa. Walaupun hanya menggunkan khemah, maklum balas yang saya dapat daripada para peserta agak memuaskan kerana mereka masih berasa selesa. Syukur tandas tempat mandi tidak beberapa jauh dari tapak perkhemahan. Mereka juga gembira kerana berpengalaman untuk berkhemah di tepi pantai. Saya dapati bahawa dengan menyertai program bermalam seperti ini, kita akan dapat lebih banyak pengalaman dan idea untuk menyelesaikan masalah.