2. RESPONDING

Pada mulanya saya agak berat untuk menerima jawatan sebagai pengarah untuk program ini. Hal ini kerana saya kurang yakin dengan diri saya untuk menjadi seorang pengarah bagi sesebuah program dan ini merupakan kali pertama saya memegang jawatan sebagai seorang pengarah. Sebagai seorang pengarah, sudah semestinya besar tanggungjawab yang dipikul dan perlu banyak berkomunikasi dengan ramai orang selain daripada perlu membuat keputusan. Sejujurnya saya seorang yang pendiam dan tidak reti untuk mengarah orang supaya membuat tugas. Ini membuatkan saya kurang selesa untuk menerima jawatan yang berat ini. Bagi saya, lebih baik saya menjadi ahli AJK biasa kerana skop kerjanya yang lebih kecil. Setelah berfikir masak-masak,saya merasakan ini adalah satu peluang bagi saya untuk mengatasi masalah saya (enterprising skills).

Oleh itu, saya banyak bertanyakan kepada senior-senior dan juga rakan-rakan yang pernah berpengalaman menjadi pengarah tentang apa yang perlu dilakukan. Saya juga membuat beberapa pencarian di internet tentang aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk hari keluarga. Bagi persiapan sebelum program, saya telah mencari beberapa orang yang berminat untuk menjadi AJK program saya. Kini tiba lah masanya mensyuarat program buat kali pertama. Saya berasa agak gementar semasa bercakap di khalayak ramai, tetapi lama kelamaan saya sudah menjadi biasa kerasa respon yang baik dari ahli AJK. Saya membentang satu persatu secara terperinci berkenaan program seperti objektif program dan pembahagian tugas kepada AJK.