Pada mulanya saya berasa sangat teruja kerana ini adalah kali pertama saya menjadi AJK bagi program yang berteraskan kesukanan. Saya telah ditugaskan untuk menjadi AJK makanan bersama seorang lagi rakan seunit bagi program ini. Tugas sebagai AJK makanan adalah untuk menyediakan makanan kepada AJK yang lain. Selain itu kami diberi tugas untuk menjaga gerai jualan air sepanjang program. Menyediakan makanan sambil menjaga gerai jualan air tidak mudah seperti yang disangka. Sebelum program berjalan, kami perlu mencari pihak yang ada menyediakan jualan makanan tengah hari untuk dua hari. Awalnya agak sukar untuk mencari pihak tersebut kerana kami perlu mencari mengikut bajet yang telah ditetapkan. Oleh itu kami digalakkan untuk mencari pihak yang menjual dengan harga yang berpatutan. Hasil dibantu oleh AJK yang lain kami dapat mencarinya iaitu sebuah kantin sekolah. Saat itu saya berasa lega kerana satu tugas sudah selesai. Tetapi setiap kali ingin pergi ke tempat tersebut untuk berbincang, ada saja halangan yang datang contohnya kelas tidak sama. Jadi kami perlu menetapkan satu tarikh yang sesuai supaya kami boleh pergi bersama. Kini saya tahu ianya perlukan bukan sahaja tenaga, malah masa yang terluang untuk melakukan tugas ini. Ketika program sedang berjalan, saya berasa agak kecewa kerana jualan yang tidak memberangsangkan. Mungkin mereka tidak nampak yang kami ada buka gerai jualan air. Jadi saya bersama rakan saya mencari jalan alternatif bagi menyelesaikan masalah ini dengan cara kita datang lebih dekat kepada para peserta dan penonton (enterprising skills). Hasil jualan kami semakin bertambah dan saya berasa sangat puas hati atas usaha kami selama ini.