ACTIVITY REPORT REFLECTION 1

PENGENALAN

photo_2020-11-16_08-57-04.jpg

“March Madness - Cheer Evolution” adalah sebuah program yang bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar di UTM mahupun orang awam di luar sana. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Kaunseling Dan Kerjaya (KKDK) yang merupakan salah satu kelab di UTM JB. Tujuan utama penganjuran acara tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan masyarakat awam melalui permainan dan sementara itu kami menyediakan platform bagi mereka untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam permainan yang dipertandingkan. Kelab ini juga berhasrat menjadikan acara ini sebagai program tahunan kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada kelab tetapi juga memberi kesan positif kepada pelajar UTM khususnya. Di dalam report ini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai program ini melalui 5R :

Details

1. REPORT

Pada 13-14 Mac 2020, program “March Madness” telah berjaya dijalankan dengan lancar. Program selama dua hari ini telah disertai oleh para pelajar UTM dan juga orang awam yang berada di sekitar UTM. Sebelum program ini berjalan, kami telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mempromosikan program ini agar lebih mendapat sambutan antaranya adalah dengan mengadakan “walk-show” di sekitar pasar malam UTM. Pada mulanya agak sukar untuk mempromosikan program hanya dengan walk-show, jadi kami telah menggunakan platform atas talian untuk menarik lebih ramai peserta (thinking skills). Kami telah memuat naik pelbagai poster tentang program ini dalam laman social tersebut. Terdapat pelbagai sukan yang telah dianjurkan seperti bola keranjang, futsal, badminton, ping pong dan bola tampar. Antara masalah yang dihadapi adalah kurang mendapat sambutan untuk permainan seperti ping pong dan bola tampar. Oleh itu kami terpaksa membatalkan permainan itu dan memulangkan semula yuran yang telah dibayar oleh peserta. Jadi permainan yang dipertandingkan hanyalah bola keranjang, futsal dan juga badminton. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sebelum dan semasa hari program.

Details

2. RESPONDING

Pada mulanya saya berasa sangat teruja kerana ini adalah kali pertama saya menjadi AJK bagi program yang berteraskan kesukanan. Saya telah ditugaskan untuk menjadi AJK makanan bersama seorang lagi rakan seunit bagi program ini. Tugas sebagai AJK makanan adalah untuk menyediakan makanan kepada AJK yang lain. Selain itu kami diberi tugas untuk menjaga gerai jualan air sepanjang program. Menyediakan makanan sambil menjaga gerai jualan air tidak mudah seperti yang disangka. Sebelum program berjalan, kami perlu mencari pihak yang ada menyediakan jualan makanan tengah hari untuk dua hari. Awalnya agak sukar untuk mencari pihak tersebut kerana kami perlu mencari mengikut bajet yang telah ditetapkan. Oleh itu kami digalakkan untuk mencari pihak yang menjual dengan harga yang berpatutan. Hasil dibantu oleh AJK yang lain kami dapat mencarinya iaitu sebuah kantin sekolah. Saat itu saya berasa lega kerana satu tugas sudah selesai. Tetapi setiap kali ingin pergi ke tempat tersebut untuk berbincang, ada saja halangan yang datang contohnya kelas tidak sama. Jadi kami perlu menetapkan satu tarikh yang sesuai supaya kami boleh pergi bersama. Kini saya tahu ianya perlukan bukan sahaja tenaga, malah masa yang terluang untuk melakukan tugas ini. Ketika program sedang berjalan, saya berasa agak kecewa kerana jualan yang tidak memberangsangkan. Mungkin mereka tidak nampak yang kami ada buka gerai jualan air. Jadi saya bersama rakan saya mencari jalan alternatif bagi menyelesaikan masalah ini dengan cara kita datang lebih dekat kepada para peserta dan penonton (enterprising skills). Hasil jualan kami semakin bertambah dan saya berasa sangat puas hati atas usaha kami selama ini.

Details

3. RELATING

Melalui program ini saya telah menerima banyak pengalaman dan pengajaran baru yang telah membuka mata saya. Memandangkan ini kali pertama saya ditugaskan menjadi AJK makanan, sekarang saya sudah banyak tahu tentang cara pengurusan menyediakan makanan (adaptability). Jika sebelum ini saya berfikir bahawa menyediakan makanan itu mudah, ternyata saya silap. Dalam pengurusan makanan, banyak yang perlu kita tahu dan banyak juga skil yang kita perlu ada. Sebagai contoh, kita memerlukan skil berkomunikasi ketika sedang berurusan dengan seseorang. Rundingan harga sangatlah penting agar mendapat harga yang berpatutan mengikut bajet yang telah ditetapkan. Sejujurnya saya seorang yang tidak pandai berkomunikasi - dalam konteks ini dari segi rundingan. Tetapi mujur rakan seunit saya, Azra, dia banyak membantu saya dan saya banyak belajar dengannya. Memandangkan dia lebih banyak pengalaman dalam mengendalikan program, dia banyak membimbing saya. Saya kagum dengan pendiriannya yang mudah menyesuaikan diri dalam semua keadaan. Dalam perniagaan juga kita perlukan skil untuk mempromosikan barang jualan kita. Ini mengingatkan saya tentang kursus yang saya ambil pada sem lepas iaitu “entrepreneurship”. Kursus ini memupuk para pelajar untuk menjalankan perniagaan selain daripada fokus terhadap akademik. Jadi kita tidaklah semata mata cemerlang dalam akademik malah kita juga ada skil dalam perniagaan. Ini yang membuatkan nilai diri kita lebih berharga.

Details

4. REASONING

Dengan menyertai program seperti ini, saya sedar bahawa kita perlu membuat persiapan lebih awal agar program berjalan dengan lancar. Di dalam mana-mana program pun, perancangan awal adalah sangat penting bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku. Jika ada masalah berlaku itu tidak mengapa, tetapi yang penting kita haruslah bersedia untuk mengahadapi masalah tersebut. Oleh sebab itulah perancangan awal ini perlu ditekankan dalam sesebuah program. Selain itu, saya belajar bahawa ketepatan waktu itu sangat penting dalam sesebuah organisasi. Jika perkara ini terus dipandang remeh, ia hanya akan merosakkan segala perancangan awal yang telah dibuat tadi. Jadi hanya sia sia sahaja jika perancangan awal telah dibuat, tetapi semasa  program berjalan AJK tidak mengikut waktu yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, AJK diminta untuk datang ke dewan sebelum acara bermula tetapi yang datang sebelum acara hanyalah beberapa AJK sahaja. Dan para peserta telah pun sampai seperti waktu yang telah dijadualkan. Hal ini bukan sahaja menggangu kelancaran program malah memberikan pandangan negatif terhadap penganjur. Bagi saya aspek yang paling ketara adalah kerjasama antara semua ahli AJK (teamworking skills). Walaupun perkara ini kita nampak terlalu biasa, tapi ini adalah aspek yang paling penting. Sebagai satu pasukan, kita perlulah ada semangat tolong menolong dan jangan pentingkan diri sendiri. Rajin rajinkanlah diri kita supaya tolong antara satu sama lain agar program berjalan dengan lancar.

Details

5. RECONSTRUCTION

Apa yang saya dapati perkara yang perlu ditambah baik melalui program ini adalah ketetapan waktu. Kerana masa itu adalah emas. Penjagaan masa adalah sangat penting suapaya program dapat berjalan dengan lancar. Jika kita mengaplikasikan perkara ini dalam kehidupan seharian, kita dapat seimbangkan perkara dalam kehidupan seharian kita. Kesan buruk jika kita terus tidak mengendahkan perkara ini adalah hidup kita akan serabut dan jadual seahrian tidak terurus. Selain itu, perkara yang kita selalu terlepas pandang adalah kerjasama antara ahli pasukan. Hal ini kerana jika kita saling membantu, kerja akan lebih cepat siap. Seterusnya dapat melancarkan lagi perjalanan sepanjang program. Kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara AJK program. Saya dapati bahawa ketika kita membuat kerja beramai ramai adalah lebih seronok berbanding berseorangan. Kita bekerja sebagai satu pasukan sambil bekerja sambil bergurau senda. Sebagai AJK program, tidak semestinya semua ahli yang kita kenal, tetapi boleh jadi ada orang baru yang kita tidak kenali. Dari situ bermulalah salam perkenalan antara kawan baru. Persiapan awal dalam sesebuah program juga perlu dititikberatkan agar kita sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang masalah. Mustahil jika sesebuah program itu untuk berjalan sepenuhnya tanpa ada sebarang masalah, saya jamin. Oleh itu dengan membuat persiapan awal kita dapat mengatasi masalah tersebut dengan tenang tanpa ada keraguan di situ.

Details

KESIMPULAN

Akhir kata, banyak pengajaran dan pengalaman yang saya peroleh daripada program ini. Sebagai seorang pelajar, kita digalakkan untuk menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini agar menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita. Seorang pelajar bukan sahaja perlu fokus kepada akademik, tetapi perlu juga fokus tentang aktiviti kokurikulum yang berada di diluar pembelajaran. Hal ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada pelajar dalam mengatasi pelbagai masalah dan boleh bekerja di bawah tekanan. Jika kita lihat dari sudut alam pekerjaan, perkara pertama yang dipandang adalah pengalaman seseorang dalam perjalanan hidupnya. Dan selanjutnya baru mereka lihat keputusan yang kita peroleh semasa mengikuti pengajian. Jadi tidak hairanlah mengapa pengalaman seseorang itu sangat penting. Pengalaman juga menjadikan kita lebih matang dalam menguruskan sesuatu tugas.

 Selain daripada dapat menambahkan pengalaman, banyak pengajaran yang saya perolehi seperti pengurusan masa, skil berkomunikasi dan juga perancangan awal. Tiga perkara ini amat penting dalam sesebuah program. Saya berharap agar saya terus dapat menyertai program program seperti ini kerana bukan sahaja ilmu yang kita dapat, tetapi kita juga dapat berkenalan dengan orang baru dalam hidup kita. Ini membuatkan saya lebih tertarik untuk menyertai program seperti ini. Walaupun penat lelah yang telah dialui, di akhir program saya amat berpuas hati kerana program berjalan dengan lancar.

Details

GAMBAR DAN KENANGAN

1.jpeg

Barisan AJK program “March Madness”

 

IMG-7005.JPEG.1

Saya bersama rakan, Azra sebagai AJK makanan. Ketika ini kami sedang membuka gerai jualan air di sekitar gelanggang badminton.

 

IMG_7011.JPG

Sedikit sebanyak daripada hasil jualan kami.

 

IMG_6597.JPG

Ketika ini saya bersama ahli AJK lain sedang mengangkat beberapa peralatan sebelum makanan disediakan.

 

2.jpeg

Pengarah program bersama sama dengan presiden kelab bergambar dengan salah satu pasukan yang memenangi pertandingan ini.

Details