3. RELATING

Melalui program ini saya telah menerima banyak pengalaman dan pengajaran baru yang telah membuka mata saya. Memandangkan ini kali pertama saya ditugaskan menjadi AJK makanan, sekarang saya sudah banyak tahu tentang cara pengurusan menyediakan makanan (adaptability). Jika sebelum ini saya berfikir bahawa menyediakan makanan itu mudah, ternyata saya silap. Dalam pengurusan makanan, banyak yang perlu kita tahu dan banyak juga skil yang kita perlu ada. Sebagai contoh, kita memerlukan skil berkomunikasi ketika sedang berurusan dengan seseorang. Rundingan harga sangatlah penting agar mendapat harga yang berpatutan mengikut bajet yang telah ditetapkan. Sejujurnya saya seorang yang tidak pandai berkomunikasi - dalam konteks ini dari segi rundingan. Tetapi mujur rakan seunit saya, Azra, dia banyak membantu saya dan saya banyak belajar dengannya. Memandangkan dia lebih banyak pengalaman dalam mengendalikan program, dia banyak membimbing saya. Saya kagum dengan pendiriannya yang mudah menyesuaikan diri dalam semua keadaan. Dalam perniagaan juga kita perlukan skil untuk mempromosikan barang jualan kita. Ini mengingatkan saya tentang kursus yang saya ambil pada sem lepas iaitu “entrepreneurship”. Kursus ini memupuk para pelajar untuk menjalankan perniagaan selain daripada fokus terhadap akademik. Jadi kita tidaklah semata mata cemerlang dalam akademik malah kita juga ada skil dalam perniagaan. Ini yang membuatkan nilai diri kita lebih berharga.