4. REASONING

Dengan menyertai program seperti ini, saya sedar bahawa kita perlu membuat persiapan lebih awal agar program berjalan dengan lancar. Di dalam mana-mana program pun, perancangan awal adalah sangat penting bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku. Jika ada masalah berlaku itu tidak mengapa, tetapi yang penting kita haruslah bersedia untuk mengahadapi masalah tersebut. Oleh sebab itulah perancangan awal ini perlu ditekankan dalam sesebuah program. Selain itu, saya belajar bahawa ketepatan waktu itu sangat penting dalam sesebuah organisasi. Jika perkara ini terus dipandang remeh, ia hanya akan merosakkan segala perancangan awal yang telah dibuat tadi. Jadi hanya sia sia sahaja jika perancangan awal telah dibuat, tetapi semasa  program berjalan AJK tidak mengikut waktu yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, AJK diminta untuk datang ke dewan sebelum acara bermula tetapi yang datang sebelum acara hanyalah beberapa AJK sahaja. Dan para peserta telah pun sampai seperti waktu yang telah dijadualkan. Hal ini bukan sahaja menggangu kelancaran program malah memberikan pandangan negatif terhadap penganjur. Bagi saya aspek yang paling ketara adalah kerjasama antara semua ahli AJK (teamworking skills). Walaupun perkara ini kita nampak terlalu biasa, tapi ini adalah aspek yang paling penting. Sebagai satu pasukan, kita perlulah ada semangat tolong menolong dan jangan pentingkan diri sendiri. Rajin rajinkanlah diri kita supaya tolong antara satu sama lain agar program berjalan dengan lancar.