Apa yang saya dapati perkara yang perlu ditambah baik melalui program ini adalah ketetapan waktu. Kerana masa itu adalah emas. Penjagaan masa adalah sangat penting suapaya program dapat berjalan dengan lancar. Jika kita mengaplikasikan perkara ini dalam kehidupan seharian, kita dapat seimbangkan perkara dalam kehidupan seharian kita. Kesan buruk jika kita terus tidak mengendahkan perkara ini adalah hidup kita akan serabut dan jadual seahrian tidak terurus. Selain itu, perkara yang kita selalu terlepas pandang adalah kerjasama antara ahli pasukan. Hal ini kerana jika kita saling membantu, kerja akan lebih cepat siap. Seterusnya dapat melancarkan lagi perjalanan sepanjang program. Kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara AJK program. Saya dapati bahawa ketika kita membuat kerja beramai ramai adalah lebih seronok berbanding berseorangan. Kita bekerja sebagai satu pasukan sambil bekerja sambil bergurau senda. Sebagai AJK program, tidak semestinya semua ahli yang kita kenal, tetapi boleh jadi ada orang baru yang kita tidak kenali. Dari situ bermulalah salam perkenalan antara kawan baru. Persiapan awal dalam sesebuah program juga perlu dititikberatkan agar kita sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang masalah. Mustahil jika sesebuah program itu untuk berjalan sepenuhnya tanpa ada sebarang masalah, saya jamin. Oleh itu dengan membuat persiapan awal kita dapat mengatasi masalah tersebut dengan tenang tanpa ada keraguan di situ.