Akhir kata, banyak pengajaran dan pengalaman yang saya peroleh daripada program ini. Sebagai seorang pelajar, kita digalakkan untuk menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini agar menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita. Seorang pelajar bukan sahaja perlu fokus kepada akademik, tetapi perlu juga fokus tentang aktiviti kokurikulum yang berada di diluar pembelajaran. Hal ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada pelajar dalam mengatasi pelbagai masalah dan boleh bekerja di bawah tekanan. Jika kita lihat dari sudut alam pekerjaan, perkara pertama yang dipandang adalah pengalaman seseorang dalam perjalanan hidupnya. Dan selanjutnya baru mereka lihat keputusan yang kita peroleh semasa mengikuti pengajian. Jadi tidak hairanlah mengapa pengalaman seseorang itu sangat penting. Pengalaman juga menjadikan kita lebih matang dalam menguruskan sesuatu tugas.
Selain daripada dapat menambahkan pengalaman, banyak pengajaran yang saya perolehi seperti pengurusan masa, skil berkomunikasi dan juga perancangan awal. Tiga perkara ini amat penting dalam sesebuah program. Saya berharap agar saya terus dapat menyertai program program seperti ini kerana bukan sahaja ilmu yang kita dapat, tetapi kita juga dapat berkenalan dengan orang baru dalam hidup kita. Ini membuatkan saya lebih tertarik untuk menyertai program seperti ini. Walaupun penat lelah yang telah dialui, di akhir program saya amat berpuas hati kerana program berjalan dengan lancar.